PROGRAM ORIENTASI PELAJAR MITT 2020

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR MITT 2020

Program Orientasi Pelajar MITT sesi 2020 telahpun berakhir pada hari Ahad, 5 Januari 2020. Sepanjang program tersebut, pelajar dikehendaki mematuhi setiap arahan yang diberi. Bertepatan dengan objektif program ini iaitu menyampaikan informasi tentang Al Maahad Al Islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz ( MITT ) dengan jelas dan nyata kepada para pelajar terutama sekali kepada pelajar-pelajar baru.

Program ini dibentuk bagi mendedahkan para pelajar kepada alam persekolahan baru dan memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan persekitaran belajar di MITT.

Pada 1 Januari 2020, Rabu sesi persekolahan telahpun bermula. Ramai pelajar yang hadir ke sekolah dengan semangat baru. Pelajar Tahun 1 semestinya teruja dengan suasana pembelajaran di MITT. Mereka diberi keutamaan khas semasa hari pertama persekolahan ini. Ibu bapa juga kelihatan sangat seronok dan keterujaan mereka jelas kelihatan di saat mereka menghantar anak-anak mereka.

Program Orientasi 2020 bermula pada 1 Januari 2020 sehingga 5 Januari 2020. Pada hari terakhir Orientasi, para pelajar kelihatan semakin mahir dengan persekitaran sekolah. Mereka sudah mula boleh ke tandas, ke kelas dan ke kantin secara sendiri. Alhamdulillah. Pelajar-pelajar Tingkatan 1 pula telah mula faham tentang pergerakkan pelajar menengah setiap hari.

Warga MITT mengucapkan tahniah kepada semua asatizah yang telibat sepanjang Program Orientasi 2020. Semoga Allah swt membalas segala jasa dan keringat yang dicurahkan.

Amanat Pengetua Sek Men Islam At Tahfiz (SMIT), Ustaz Anuar bin Mahadi
Amanat Guru Besar Sek Ren Islam At Tahfiz ( SRIT ), Ustaz Khirulmuntanazar bin Ismail.
Pelajar SRIT