PROGRAM QIAM 2018

Assalamualaikum wbt.  Pada penggal ke-2, program sekolah lebih menjurus kepada program ilmiah. Pelajar-pelajar sudah mula mengembling tenaga bersama guru-guru bagi tujuan memperkasakan usaha mengecapi kejayaan.

Program Qiam merupakan program rohani yang perlu diadakan bagi memantapkan iman dalam berjihad menuntut ilmu. Program ini sudah bermula pada bulan ini. Program Qiam ini ialah antara program ilmiah yang berlangsung setiap 2 minggu sekali. Sek Ren Islam At Tahfiz bergilir-gilir dengan Sek Men Islam At Tahfiz sepanjang program ini berlangsung.

Pihak sekolah berharap agar pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awam ini bersedia dalam segala hal. Program akademik perlu seiring dengan program rohani. Semoga usaha yang bakal dicapai membuahkan hasil. InsyaAllah.