Program Qiam ( PECUTAN AKHIR UPSR )

Program Qiam ( PECUTAN AKHIR UPSR )

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 6 dan 7 September 2018, iaitu hari Khamis dan Jumaat yang lepas, telah berlangsungnya Program Qiam dan Pecutan Akhir UPSR 2018.

Program bermula pada hari Khamis jam 5.30 petang dan berakhir pada hari Sabtu jam 4.00 petang. Pada waktu malam, program lebih kepada pengisian rohani.

Selepas Qaimullai dan solat subuh, mereka terus ke bengkel bersama-sama guru UPSR. Bengkel ini merupakan satu inisiatif guru-guru untuk membantu murid-murid tahun 6.

Bengkel ini diberikan kepada semua murid Tahun 6 tanpa mengenakan sebarang cas. Semua kos dalam bengkel ini ialah hasil kerjasama daripada sumbangan ibubapa.

Bengkel ini dikelola sepenuhnya oleh guru-guru UPSR SRIT daripada waktu pagi sehingga waktu petang. Bengkel ini disusun mengikut subjek. Setiap kali bengkel, murid-murid akan mendapat input daripada 4 subjek dalam sehari.

Bengkel ini juga bertujuan untuk menajamkan kemahiran menjawab soalan-soalan UPSR. InsyaAllah, berkat usaha para asatizah dan pelajar-pelajar, kejayaan pasti milik anda.