PROGRAM SOLAT HAJAT DAN MAJLIS RESTU KASIH UPSR 2018

PROGRAM SOLAT HAJAT DAN MAJLIS RESTU KASIH UPSR 2018

Assalamualaikum wbt. Program Solat Hajat dan Majlis Restu Kasih UPSR 2018 telah berlansung pada hari Khamis, 20 September 2018 yang lalu. Program ini merupakan langkah dan persediaan terakhir calon UPSR untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Kedua-dua program ini diadakan untuk menyediakan calon UPSR dari segi fizikal dan mental sebelum menduduki peperiksaan sebenar.

Rasionalnya, Solat Hajat dan Majlis Restu Kasih serta bimbingan dan motivasi mampu menjadi kekuatan kepada murid untuk menghadapi peperiksaan di samping sokongan berterusan dari pihak sekolah.

Pihak sekolah mendoakan kejayaan dan kecemerlangan buat semua calon UPSR 2018. Bit taufik wan najah!