PROGRAM SOLAT HAJAT DAN RESTU KASIH 2019

PROGRAM SOLAT HAJAT DAN RESTU KASIH 2019

Assalamualaikum. Pada tanggal 29 Ogos yang lalu, Khamis, telah berlangsungnya Program Solat Hajat dan Restu Kasih untuk calon-calon UPSR.

Program ini bertujuan memberikan dorongan dan sokongan kepada calon-calon. Program ini juga merupakan usaha bagi mendoakan anak-anak Tahun 6 lebih bersedia menghadapi peperiksaan UPSR.

Program ini juga turut menjemput penceramah iaitu Al Fadhil Ustaz Abdul Jawad bin Abdul Rahman, Guru Pendidikan Islam, MRSM Pontain. Beliau mengendalikan program dengan sangat baik. Program ini mensasarkan semua murid Tahun 6 dan para Ibubapa.

Alhamdulillah, program yang berlangsung dari jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam ini, berjaya mencapai objektif program. Murid-murid kelihatan lebih yakin untuk menduduki peperiksaan kerana mereka telahpun faham erti kasih sayang seorang ibu dan ayah.

Pihak sekolah menitipkan doa kejayaan buat calon-calon UPSR 2019. Semoga UPSR 2019 cemerlang.