PROGRAM SOLAT HAJAT SMIT 2019

Pada tanggal 8 September 2019, Ahad, pihak Sek Men Islam At Tahfiz telah mengadakan program Solat Hajat bagi semua peringkat peperiksaan bagi Menengah.

Program Solat Hajat ini merupakan salah satu langkah pemangkin bagi kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Melalui program ini, pihak sekolah amat mengharapkan kesedaran belajar dengan lebih tekun lahir sejurus daripada program ini.

Pihak sekolah juga sangat berterima kasih dengan para ibu dan ayah kerana sudi meluangkan masa untuk bersama anak-anak. Kecemerlangan anak-anak ialah motif kami, para guru dan ibubapa harapkan.

Tepat jam 6 petang, para pelajar dan keluarga telahpun memenuhi ruang Dewan Terbuka MITT. Program pada kali ini, pihak SMIT telah menjemput seorang penceramah hebat iaitu Ustaz Zuhairy bin Zolkifle. Beliau membangkitkan lagi semangat anak-anak untuk lebih bardaya saing.

Semoga program ini memberikan faedah yang berkesan di hati anak-anak pelajar. Kami warga MITT mendoakan kejayaan cemerlang anda semua.

Penceramah,
Ustaz Zuhairy bin Zolkifle