PROGRAM TADARUS AL QURAN 2018

Assalamualaikum wbt. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca laman sesawang MITT.

Alhamdulillah, sepanjang bulan mulia ini, MITT terus mengorak langkah dalam membentuk generasi Al Quran. Program Tadarus Al Quran telah bermula pada 20 Mei 2018, hari Ahad dan akan dijangka berakhir pada 31 Mei 2018. Bagi memeriahkan lagi bulan Ramadhan ini, pihak sekolah sememangnya akan memastikan setiap kali datangnya bulan yang penuh barakah ini, warga MITT akan bertadarus. Alhamdulillah program ini sangat membantu semua warga MITT untuk terus mencari berkat di bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua beroleh keberkatan dan diberikan nikmat kesihatan yang baik serta kerjasama yang utuh untuk membina legasi Al Quran. Bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan penuh berkat, dan semoga kita memanfaatkan bulan ini.