SAMBUTAN AIDILFITRI MITT 2019

Pada 29 Jun 2019, Sabtu, pihak MITT telah menganjurkan Sambutan Aidilfitri peringkat MITT. Majlis ini telah menjemput penceramah khas iaitu Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre. Majlis bertempat di Dewan Terbuka MITT dan majlis bermula pada jam 7.30 malam sehingga 10.00 malam.

Majlis ini juga turut menjemput semua ibubapa dan warga MITT. Majlis juga diserikan dengan kedatangan bekas-bekas anak pelajar MITT. Majlis juga turut menyediakan pelbagai juadah yang menyelerakan seperti ketupat, rendang, lontong dan satay.

Selesai ceramah daripada Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, semua jemputan solat Isyak berjemaah dan sesi menjamu selera bermula. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan baik walaupun hujan.