SAMBUTAN HARI GURU MITT 2018

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 16 Mei 2018, umum sudah sedia maklum bahawa hari tersebut ialah hari penting bagi menghargai seorang guru. Alhamdulillah, MITT juga memberikan ruang dan peluang untuk kita menyambut hari keramat ini.

Motto tema Hari Guru pada kali ini ialah ” Guru Pemacu Transformasi Pendidikan “. Seiring dengan tema pada kali ini, guru-guru diberikan mandat oleh Mudir MITT iaitu, Al Fadhil Ustaz Abdul Razak bin Borhan agar lebih berdedikasi, berkarisma dan berhemah tinggi dalam  mendidik anak-anak alaf baru ini. Generasi hari ini penuh dengan tugas dan cabaran. Oleh itu, bantuan dan tunjuk ajar dari seorang guru amat penting. Semoga anak-anak didik ini berjaya dunia dan akhirat.

Pada awal pagi, guru-guru telah dijamu dengan juadah yang sangat sedap. Pelbagai jenis kuih muih dan nasi lemak merupanya juadah yang sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia. Kemudian, guru-guru dan anak-anak pelajar terus ke surau untuk menunaikan solat hajat. Selepas itu, guru-guru terus diarak masuk ke dewan terbuka. Setelah selaesai berarak, mereka mendengar ucapan dan mandat daripada Mudir MITT. Seterusnya, para pelajar membuat persembahan. Alhamdulillah sangat seronok dan meriah sambutan pada kali.

Insyaalah, bertemu lagi kita pada sambutan pada tahun hadapan. Sekian, terima kasih.

Untuk melihat persembahan pelajar, boleh lah berkunjung ke link di bawah:

 

Al Fadhil Ustaz Abdul Razak bin Borhan memberikan mandat kepada guru-guru dan pesanan kepada pelajar.

 

Barisan Guru-guru Sek Men Islam At Tahfiz 2018

Barisan Guru-guru Sek Ren Islam At Tahfiz 2018

Majlis Perasmian Majlis Sambutan Hari Guru 2018

Murid – murid turut ceria di Hari Guru

Guru -guru juga turut bergambar untuk kenangan.