SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 62 PERINGKAT MITT 2019

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 62 PERINGKAT MITT 2019

Pada tanggal 26 Ogos 2019 yang lalu, Sekolah Rendah Islam At Tahfiz ( SRIT ) telah mengadakan perasmian sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke 62. Guru Besar SRIT, Al Fadhil Ustaz Khirul Muntanazar bin Ismail telah merasmikan sambutan pada kali ini.

Objektif program ini ialah murid-murid dapat menyemai semangat cintakan negara. Murid-murid juga dapat menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan negara. Murid-murid juga mengetahui tarikh kemerdekaan dan mereka mengenali tokoh – tokoh pejuang kemerdekaaan. Akhir sekali, mereka bersyukur di atas nikmat kemerdekaan yang diperjuangkan.

Sesuai dengan tema Kemerdekaan pada kali ini iaitu ” Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih “, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Islam At Tahfiz telah mengadakan beberapa pertandingan seperti pertandingan melukis dan mewarna kain rentang patrotik berkumpulan, Pertandingan mewarna bagi Tahun 1, Kuiz Kemerdekaan Tahap 2, Pertandingan Mereka Pantun Patriotik dan Pertandingan Kolaj Tahun 3. Melalui pertandingan-pertandingan ini, murid-murid dapat menghayati tema kemerdekaan dengan lebih baik.

Hasil kerjasama semua guru, bahagian pentadbiran MITT dan para pelajar, program ini berlangsung dengan sangat baik. Selama seminggu sambutan diadakan, murid-murid memberikan komitmen yang baik pada persembahan mereka.

Semoga program ini memberi impak positif kepada murid-murid dan juga mewujudkan rasa syukur ke atas kemerdekaan yang dikecapi.