SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2018

Assalamualaikum wbt. Sesi persekolahan cuti penggal ke-2 pada 17 Ogos 2018 sehingga 25 Ogos 2018. Pada cuti tersebut juga umat islam seluruh negara menyambut Aidiladha 1439H. Alhamdulillah perayaan pada kali ini meriah.

Tidak kurang jugak dengan sekolah kita. Pihak sekolah juga mengadakan sembelihan lembu bagi menyempurnakan ibadah korban. Pada 25 Ogos 2018, Sabtu, guru-guru MITT berkumpul di padang sekolah bagi menyaksikan dan membantu ibadah korban ini.

Semoga perayaan Aidiladha kali ini membawa seribu erti bagi semua asatizah MITT. Pihak sekolah juga merakamkan setinggi tahniah kepada semua asatizah kerana sedaya upaya membantu ibadah korban ini berjalan lancar.