SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2018

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2018

Assalamualaikum wbt. Syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA, bertemu kembali kita pada tahun 2018. Tahun 2017 penuh dengan kenangan pahit manis bersama dan akan sentiasa dikenang. Alhamdulillah, persekolahan bermula pada 1 Januari 2018, hari Isnin dengan pelbagai peristiwa yang menggamit memori. Ramai ibu bapa teruja dan bersemangat apabila dilihat mereka datang menghantar anak ke sekolah. Perhatian lebih diberikan kepada murid-murid Tahun 1. Mereka mula mengorak langkah baru dalam alam persekolahan. Pelbagai ragam dan aksi mereka. Alhamdulillah keadaan terkawal semasa menyambut mereka. Semoga minggu Orientasi ini memberi manfaat kepada semua pelajar. Pihak sekolah akan terus menyokong pembangunan murid-murid, insyaAllah.