SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2019

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2019

Assalamualaikum wbt.

1 Januari 2019 merupakan hari pertama persekolahan bagi murid-murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 di MITT ini. Selamat datang diucapkan kepada semua. Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar baru yang telah mendaftar di sekolah ini.

Ibu bapa semestinya teruja dengan persiapan anak-anak untuk bersekolah. Pihak sekolah juga sangat berbesar hati menerima pelajar-pelajar baru dan sangat berharap agar pelajar-pelajar yang sedia ada boleh melakar seribu harapan untuk lebih cemerlang dan terbilang pada sesi 2019 ini.

Tinggi harapan kami warga pendidik MITT untuk melihat anak-anak didik kami berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah 2019 ini bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat kepada semua.

Semoga 2019 lebih gemilang!