Selamat Menduduki Peperiksaan.

Selamat Menduduki Peperiksaan.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana di beri peluang dan masa oleh Allah swt untuk mencoretkan sedikit pesanan di laman web sekolah.
Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung setia laman ini kerana tidak jemu-jemu berkunjung ke sini untuk mendapatkan sedikit informasi yang dikongsikan bersama.  Alhamdulillah.
Saya dan warga sekolah ingin mengucapkan “Selamat Menghadapi Peperiksaan STAM, SPM dan SMRA” kepada pelajar MITT dengan harapan dan doa agar anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang.

Pesanan untuk anda:

  1. Jaga kesihatan anda.
  2. Jaga makan dan minum anda.  Makanlah makanan yang berkhasiat dan yang paling penting halal.
  3. Jangan mudah putus asa.
  4. Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah swt dengan melakukan solat lima waktu, soalat-solat sunat seperti sunat hajat, sunat tahajut dan sebagainya.
  5. Selalu berdoa kepada Allah swt supaya dipermudahkan segala urusan.
  6. Mohon maaf dan restu daripada kedua ibu bapa dan guru sebelum datang ke sekolah dan masuk bilik peperiksaan.
  7. Jawab soalan peperiksaan dengan teliti dan memahami betul-betul kehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan semasa di dewan peperiksaan.
  8. Berusahalah dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang dan yang ditagih.
  9. Bertawakkal kepada Allah swt setelah berusaha dengan gigih.

Akhir kalam, Selamat Maju Jaya.  Semoga semuanya berjaya dan dapat melakukan yang terbaik.  Amin.