SIJIL MENENGAH AGAMA 2018

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 23 September 2018 sehingga 27 September 2018, iaitu hari Ahad sehingga hari Khamis minggu ini, telah berlangsungnya peperiksaan Sijil Menengah Agama 2018. Semua pelajar Tingkatan 4 terlibat dalam peperiksaan ini.

Sepanjang minggu ini, pelajar-pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan diminta lebih menjaga tatasusila dan adab. Keadaan sekolah hendaklah lebih tenang dan senyap dalam membantu para pelajar menjawab peperiksaan dengan lebih baik.

Marilah kita sama-sama berusaha menjaga imej dan nama baik sekolah kita. MITT dihatiku, InsyaAllah.

Semoga kejayaan milik mereka. AllahuAkhbar!