SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Al Maahad Al Islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz (MITT) telah mula menubuhkan Jabatan STAM pada tahun lepas. Jabatan ini bertujuan untuk menguruskan pelbagai hal ehwal calon-calon yang mengambil peperiksaan STAM di sini. Jabatan ini juga merangka pelbagai aktiviti yang membolehkan pelajar STAM di sini mampu berada di pasaran luar.

STAM merupakan merupakan peperiksaan yang dikelolakan Lembaga Peperiksaan (LP) bagi membolehkan pelajar warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir atau ke universiti awam di Malaysia. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Malaysia (SPM) atau semasa di Tingkatan Enam.

Jabatan STAM MITT telah membuka pendaftaran bermula daripada bulan Disember 2019 sehingga akhir bulan Februari 2020. MITT ingin mewar-warkan bahawa pengambilan calon STAM masih lagi dibuka. Jabatan STAM MITT sangat mengalu-alukan kedatangan para pelajar yang ingin meneruskan pelajaran di peringkat STAM.

STAM menampilkan 10 subjek yang akan dipelajari iaitu Hifz Al-Qur’an dan Tajwid (Cara bacaan dalam Al Quran),Fiqh,Tauhid dan Mantiq (ilmu akal logik),Tafsir dan Ulumuhu (Ilmu Ulum Al-Quran),Hadith dan Mustolah,Nahu (tatabahasa) dan Sarf,Insya’ dan Mutalaah, Adab (Sastera Arab) dan Nusus (Nas-Nas Syair Arab), ‘Arudh dan Qafiyah dan Balaghah (kesusateraan).

Jabatan STAM MITT mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru dan bakal pelajar yang akan mendaftar nanti. InsyaAllah.