SUKANTARA MITT KALI KE 19

Sukantara adalah satu acara sukan di mana semua pelajar diberi peluang untuk menyumbang mata bagi rumah sukan masing masing sebelum Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah berlangsung pada 9 Februari 2020. Mata yang dikumpul akan dijumlahkan bersama-sama permarkahan lain sepanjang Kejohanan ini.

Pelbagai acara telah disusun khusus menguji kemampuan mental dan fizikal para peserta untuk melepasi had masa, had jarak dan had ketinggian dalam usaha memunggut sebanyak mungkin mata bagi disumbang kepada pasukan rumah masing-masing. Antara acara yang dijalankan adalah lontar peluru, larian pecut, lompat jauh dan lempar cakera.

  • OBJEKTIF
    • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengelolaan sukantara dengan sistematik dan cemerlang
    • Memberi peluang kepada warga pendidik menimba pengalaman dan kemahiran dalam aspek pengelolaan sukan.
    • Memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya kecerdasan kepada kesihatan tubuh badan manusia.
    • Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti permainan yang terancang.
    • Mengeratkan ikatan silaturrahim di antara semua murid dan guru melalui aktiviti yang diadakan bersama.
    • Memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan yang komprehensif.
Acara Tarik Tali
Acara Lompat Jauh
Acara Lempar Cakera
Acara Memanah