Sukantara MITT Sesi 2019

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 3 Mac 2019,Ahad, telah bermula Sukantara MITT sesi 2019. Sukantara MITT berlangsung selama 5 hari iaitu bermula pada hari Ahad sehingga hari Khamis, 7 Mac 2019.

Pada 3 Mac 2019, Ahad, acara Sukantara bermula dengan 100m Lelaki SMIT dan SRIT. Kemudian, diikuti acara Lompat Jauh Tahun 1 lelaki dan perempuan. Manakala, pelajar perempuan SMIT dan tahap 2 SRIT pula perlu mengambil bahagian dalam acara lontar peluru dan lempar cakera.

LEMPAR CAKERA PASUKAN KUNING
LEMPAR CAKERA PASUKAN MERAH
LONTAR PELURU PASUKAN BIRU

Pada 4 Mac 2019, Isnin, acara dimulai dengan larian 800m lelaki SMIT dan tahap 2 lelaki SRIT. Kemudian, acara seterusnya ialah Lompat Jauh SMIT (lelaki) dan larian 100m tahap 1 (lelaki dan perempuan). Pelajar perempuan pula terlibat dengan acara sukaneka seperti tiup belon sampai pecah, lari kepit belon, pancing botol dan masuk air dalam botol.

Pada hari Selasa, 5 Mac 2019, acara bermula dengan acara akhir Lontar Peluru, Lempar Cakera dan Lompat Jauh. Kemudian, acara disamung dengan sukaneka seperti bawak bola ping-pong dalam sudu, terompah gergasi dan lari dalam guni.

Pada hari Rabu, 6 Mac 2019, acara Merentas Taman pula mengambil tempat. Larian Rentas Taman ini melibatkan semua pelajar rumah sukan. Larian sejauh 3.5 kilometer ini menguji stamina para pelajar.



Pada 7 Mac 2019, Khamis, latihan perbarisan dan persiapan perbarisan setiap rumah sukan diadakan. Acara memanah Combat juga dipertandingkan dalam Sukantara kali ini. Acara ini melibatkan kategori Banin dan Banat Menengah dan juga Tahap 2.

Alhamdulillah, acara Sukantara 2019 melabuhkan tirai dengan perjalanan aktiviti sukan yang lancar. Semoga sukan di MITT terus maju.