SYARAT KEMASUKAN SPRIT

  1. Pelajar Darjah Satu mestilah berumur 7 tahun pada tahun kemasukan.
  2. Pelajar Tahun Satu mestilah ‘LULUS’ ujian kemasukan kelayakan kelas.
  3. Pelajar yang memohon selain dari darjah satu mestilah melampirkan surat berhenti sekolah dari sekolah asal.
  4. Pelajar yang memohon masuk selain dari darjah satu juga WAJIB LULUS ujian kelayakan kemasukan kelas.
  5. Pelajar akan hanya ditawarkan tempat sekiranya pihak sekolah berpuas hati dengan keputusan temuduga serta sekiranya masih terdapat kekosongan.
  6. Pihak penjaga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap maklumat yang diberikan dan sekiranya terdapat keraguan, pihak sekolah berhak menolak permohonan tersebut.
  7. Pihak sekolah berhak menambah dan mengubah syarat – syarat kemasukan pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada ibu bapa penjaga terlebih dahulu.
  8. Ibu bapa haruslah berupaya membayar yuran atau bayaran-bayaran lain yang ditetapkan.
    *SETIAP PEMBATALAN PERMOHONAN HENDAKLAH DIMAKLUMKAN SEGERA KEPADA PIHAK PEJABAT.

*BAGI PENEMPATAN(ASRAMA) ADALAH TERHAD DAN DIUTAMAKAN KEPADA PELAJAR BERUMUR 13 TAHUN KE ATAS SERTA DI LUAR DAERAH JOHOR BAHRU SAHAJA. YURAN ASRAMA RM150