TADARUS MITT 2019

Assalamualaikum wbt. Sepanjang bulan Ramadhan 1440H, warga MITT telah mengubah sedikit jadual PnP. Setiap hari warga MITT akan mengikuti program Tadarus Al Quran, bermula daripada jam 8.00 pagi sehingga 8.30 pagi. Sesi Tadarus ini dimasukkan dalam masa PnP kerana sesi ini merupakan salah satu bentuk pembelajaran.

Tadarus al-Quran ketika Ramadan adalah satu amalan dan juga aktiviti kepada pelajar untuk meningkatkan ibadah seterusnya memanfaatkan masa sebaiknya.

Pelajar-pelajar Sek Men Islam At Tahfiz, Sek Ren Islam At Tahfiz dan Tahfiz Sepenuh Masa dibahagikan dalam kumpulan bersama guru dan mereka mengaji berdasarkan juzuk yang ditetapkan.

“Kita mahu murid di sekolah ini menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan mereka sama ada di sekolah atau di luar.” kata Pihak Pengurusan Sekolah.

“Sememangnya, budaya mengaji al-Quran ialah budaya kami, semoga anak-anak MITT tetap meneruskan budaya ini dalam kalangan keluarga atau masyarakat setempat,” katanya lagi.