TAKLIMAT UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS) 2018

TAKLIMAT UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS) 2018

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 1 Mac 2018, bersamaan hari Khamis telah berlangsungnya Taklimat ULBS. Taklimat ini diberikan untuk memastikan para pelajar tahu tentang prosedur ujian ini. Pelajar yang terlibat ialah pelajar Tingkatan 5 dan 4.

Taklimat ini mengenai kertas peperiksaan kod 1119/3 untuk Bahasa Inggeris dan 1113 untuk Bahasa Melayu. Taklimat ini sangat penting kerana di sini lah mereka akan mengetahui piawaian Ujian Lisan dan mereka boleh bertanya mengenai ujian ini secara lebih jelas.

Ujian ini akan dibuat di sekolah dan dikendalikan oleh guru subjek. Guru subjek perlu sediakan borang bagi Pentaksir Kawasan yang akan datang menilai Ujian tersebut. Dengan adanya taklimat ini, guru dan pelajar-pelajar akan lebih bersiap siaga dalam memperkasakan bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu mereka.

Semoga maju jaya diucapkan kepada mereka.