UIJAN LISAN PT3

Pada tanggal 16 April 2018 iaitu hari Isnin, telah bermula Ujian Lisan Bahasa Inggeris PT3, kod 1119/3. Ujian ini berlangsung selama 2 hari dan berakhir pada hari Selasa keesokkan harinya. Manakala, pada hari Rabu dan Khamis ( 18 April dan 19 April 2018 ), calon-calon PT3 ini menduduki ujian lisan Lughah Al Arabiah Al Mua’sirah PT3 ( LAM ). Seramai 59 orang pelajar tingkatan 3 terlibat dengan 2 ujian ini.

Calon-calon dikuarantin di Makmal Sains sementara menunggu nama dipanggil. Mereka juga diuji dan dinilai oleh guru-guru subjek yang berkenaan. Ujian ini sangat penting untuk mentaksir pertuturan mereka dalam 2 bahasa yang dipelajari di MITT.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon PT3.