UJIAN KELAYAKAN PELAJAR BARU SESI 2020

UJIAN KELAYAKAN PELAJAR BARU SESI 2020

Setiap tahun sebelum bermulanya sesi persekolahan yang akan datang pasti akan diadakan Program Ujian Kelayakan Pelajar Baru. Program ini adalah salah satu syarat bagi menempatkan diri ke Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz Pasir Gudang. Bagi Pelajar tahun 1, mereka perlu menduduki Ujian Kelayakan bagi mengetahui tahap kebolehan mereka dalam sesi pembelajaran nanti. Selain untuk pelajar tahun 1, pelajar baru yang datang dari sekolah yang berlainan yang ingin memasuki Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz juga perlu menduduki Ujian Kelayakan Pelajar Baru ini.

Objektif bagi Ujian ini ialah menguji tahap kebolehan dan kemahiran asas murid-murid. Kemudian, guru-guru dan Guru Besar juga boleh bersuai kenal dan beramah mesra bersama murid-murid Tahun 1 dan keluarga. Melalui ujian ini, guru-guru juga akan lebih bersedia dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi Akademik dan Diniah. Sehubungan itu, guru-guru boleh mengeratkan silaturahim bersama keluarga ibu bapa murid-murid baharu.

Pada 14 September yang lalu, Sabtu, Ujian ini dilaksanakan dengan kerjasama semua guru. Guru-guru memberikan kerjasama yang baik semasa ujian berlangsung. Ibu bapa dan murid-murid yang hadir juga memeriahkan lagi Hari Ujian Kelayakkan ini. Murid-murid baharu kelihatan sungguh teruja dengan suasana sekolah.

Acara bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir tepat jam 11.00 pagi. Aturcara berpecah kepada 2 bahagian iaitu bahagian murid yang mendududki ujian kelayakkan dan bahagian taklimat ibu bapa.

Alhamdulillah, program berakhir dengan jayanya.

Para ibu bapa boleh rujuk video di bawah bagi mengetahui lebih lanjut tentang Sekolah Al Maahad Al Islami LIt Tarbiah Wat Tahfiz ( MITT )

https://www.facebook.com/668327653581300/videos/529749797772177/