UJIAN KELAYAKKAN KEMASUKKAN TAHUN 1 2019

UJIAN KELAYAKKAN KEMASUKKAN TAHUN 1 2019

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 22 September 2018, hari Sabtu, telahpun berlangsung Ujian kelayakan bagi kemasukkan murid-murid Tahun 1 ke MITT sesi 2019. Seramai 160 murid dijemput menduduki ujian kelayakkan ini.

Pada pukul 10.00 pagi, sesi pendaftaran bermula. Para ibu bapa mulai memenuhi ruang dewan terbuka MITT. Kemudian, selesai pendaftaran, murid-murid mula dikumpulkan dan ditempatkan di dalam kelas untuk menduduki ujian kelayakkan.

Semasa anak-anak menjawab ujian, para ibu bapa pula diberikan sedikit taklimat tentang MITT. Taklimat ini diberikan bagi melengkapkan pengetahuan ibu bapa terhadap sekolah ini. Alhamdulillah, taklimat ini membantu ibu bapa mengenali sekolah dan mengetahui pencapaian murid-murid di sekolah ini. Majlis bersurai pada pukul 11.45 pagi.

Semoga semua yang dijemput menduduki ujian ini berjaya dan lulus dengan cemerlang. InsyaAllah.

Sesi pendaftaran

Beratur sebelum masuk ke kelas

Berkumpul dan beratur sebelum bergerak ke kelas.

 

Sesi menjawab Ujian Kelayakkan

Sesi Taklimat Ibu Bapa