Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah ( UPSR ) 2019

Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah ( UPSR ) 2019

Pada 4 September 2019 ( Rabu ) , tepat jam 8.15 – 9.30 pagi, Kertas Bahasa Melayu Pemahaman (011) berlangsung selama 1 jam 15 minit. Seramai 81 orang calon UPSR yang berpusat Sek Ren Islam Tahfiz iaitu terdiri dari 66 calon daripada Sek Ren Islam Tahfiz, 3 calon daripada Tahfiz Sepenuh Masa MITT dan 12 calon dari Maahad Tahfiz Al Quran Riadhus Solihin ( MATARAS )

Calon-calon UPSR disediakan minum pagi pada jam 10.00 pagi. Kemudian, mereka bersiap sedia untuk menjawab kertas peperiksaan seterusnya iaitu kertas Bahasa Melayu Penulisan ( 012 ) pada jam 10.45 pagi sehingga 12.00 tangahari.

Manakala, Kertas Bahasa Inggeris Pemahaman ( 013 ) pula dijawab pada 5 September 2019 ( Rabu ). Tepat jam 8.15 pagi, calon-calon UPSR telahpun bersedia di dalam Dewan Peperiksaan. Kemudian, tepat jam 10.00 pagi, minim pagi disediakan oleh guru-guru UPSR. Kertas peperiksaan seterusnya ialah Kertas Bahasa Inggeris Penulisan ( 014 ).

Seterusnya, pada 10 September 2019 ( Selasa ), Kertas peperiksaan yang dijawab oleh calon-calon UPSR ialah Kertas Matematik 1 ( 015/1 ). Tepat jam 8.15 pagi, calon-calon telahpun mula menjawab. Kelihatan wajah gemuruh anak-anak semasa memasuki dewan peperiksaan, namun berkat kegigihan mereka membuat persediaan sebelum menghadapi UPSR, mereka keluar daripada dewan dengan wajah ceria. Alhamdulillah, minum pagi juga telahpun tersedia untuk dinikmati. Tepat jam 10.15 pagi, mereka masuk lagi ke dalam Dewan Peperiksaan untuk menjawab kertas peperiksaan Matematik 2 ( 015/2 ).

Pada 11 September 2019 ( Rabu ), tepat jam 8.15 pagi, Kertas Sains 1 ( 018/1 ) pula perlu dihadapi oleh calon-calon UPSR. Kertas ini merupakan kertas peperiksaan terakhir dalam Jadual peperiksaan UPSR. Calon-calon diminta bersedia untuk hari terakhir UPSR. Kemudian, pada jam 10.45 pagi, kertas seterusnya ialah kertas Sains 2 ( 018/2 ).

Semoga calon-calon UPSR 2019 berjaya mendapat keputusan cemerlang. Warga MITT mendoakan kalian berjaya.

Calon-calon UPSR menuju ke Dewan Peperiksaan
Calon-calon UPSR berkumpul di Dewan Terbuka
Calon-calon UPSR sedang minum petang
Selepas minum pagi, para pelajar solat sunat Dhuha
Guru-guru UPSR menyuntik semangat kepada calon-calon UPSR