WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS, PUSTAKAWAN DAN PRS MITT 2019

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS, PUSTAKAWAN DAN PRS MITT 2019

Assalamualaikum wbt. 30 Januari merupakan hari yang bersejarah buat para pengawas, pustakawan dan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ). Mereka telah diraikan dengan Majlis Watikah Perlantikkan. Majlis ini berlangsung di Dewan Terbuka MITT.

Majlis ini merupakan 1 simbolik tentang tanggangjawab dan disiplin para pelajar. Amanat yang diberikan kepada para pemimpin muda MITT ini hendaklah mereka pikul dengan penuh rasa tanggungjawab.

Semoga mereka dapat membantu pihak sekolah dalam pelbagai sudut khususnya dalam bidang pembelajaran. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah dan terima kasih terhadap kesudian mereka menerima lantikkan ini.