:
PROJEK%20PEMBINAAN


PROJEK PEMBINAAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ PARIT RAJA

Sebidang tanah seluas 2 ekar telah diwaqafkan oleh seseorang kepada Maahad Islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz (MITT) di Parit Kuari, Parit Raja Batu Pahat, Johor bagi menjayakan usaha memartabatkan pendidikan serta tarbiah islamiyah yang dianjurkan.

Sekolah Rendah Islam At Tahfiz Parit Raja ini bakal dibangunkan dengan kemudahan kelas atau bilik darjah, Musolla atau dewan sembahyang, Maktabah (perpustakaan), bilik pentadbiran, dewan perhimpunan, kantin, ruang riadhah (sukan) dan pelbagai kemudahan yang lain.

Pembinaan Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz Parit Raja yang bakal dibina ini memerlukan kos yang besar termasuk pembinaan fizikal dan keperluan elektrik dan bekalan air. Pihak kami memerlukan dana awal sebanyak RM 500 ribu bagi menyediakan prasarana awal (bangunan akademik yang akan menempatkan bilik darjah, makmal, tandas dan bilik guru). Dana/sumbangan tambahan juga diperlukan bagi penyediaan kelengkapan (perabot seperti kerusi meja, papan putih dan lain-lain).

Semoga Allah murahkan rezeki tuan/puan/dato’/datin yang menderma. Dan semoga pahala wakaf fi sabilillah ini berkekalan selamanya.