Dalam sebuah hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” Marilah kita merebut peluang pahala yang berterusan hingga akhirat kelak. KELEBIHAN BERWAQAF “Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”. (Surah Al-Baqarah Ayat 261 Allah S.W.T telah mensyariatkan, waqaf sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala. Antara kelebihan berwaqaf ialah : 1. Menzahirkan pengabdian kepada Allah SWT BERAPA NILAI UNTUK SATU LOT TANAH? Al Maahad Al Islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz membuka peluang waqaf samada Bumbung, Siling, Mozek, Bilik Darjah, Tandas, Pagar dan Tangki Air bernilai RM 100 untuk satu lot. |
InsyaAllah, dengan sumbangan waqaf ini anda mampu menyediakan sebuah sekolah yang menjadikan Al-Quran sebagai nadi dalam mengasuh dan mendidik pelajar. Setiap ilmu, bacaan Al-Quran dan segala kebaikan yang terdapat di dalam sekolah ini akan mengalir pahala buat anda. |
Salurkan Saham Akhirat Anda Ke Akaun Bank Islam No. Akaun: 01087 01001 2108 Atas Nama “Sekolah Rendah & Menengah At-Tahfiz (Pembangunan)” Sila Hubungi Pejabat: 07-2532908 Untuk Akad, Lot Dan Resit Waqaf. Oleh itu, mari bersama kami menyediakan sekolah yang akan menjadi ladang pahala yang sentiasa mengalir hingga ke akhirat kelak. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 245: مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (dengan menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. |