- Pelajar Darjah Satu mestilah berumur 7 tahun pada tahun kemasukan.
- Pelajar Tahun Satu mestilah ‘LULUS’ ujian kemasukan kelayakan kelas.
- Pelajar yang memohon selain dari darjah satu mestilah melampirkan surat berhenti sekolah dari sekolah asal.
- Pelajar yang memohon masuk selain dari darjah satu juga WAJIB LULUS ujian kelayakan kemasukan kelas.
- Pelajar akan hanya ditawarkan tempat sekiranya pihak sekolah berpuas hati dengan keputusan temuduga serta sekiranya masih terdapat kekosongan.
- Pihak penjaga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap maklumat yang diberikan dan sekiranya terdapat keraguan, pihak sekolah berhak menolak permohonan tersebut.
- Pihak sekolah berhak menambah dan mengubah syarat – syarat kemasukan pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada ibu bapa penjaga terlebih dahulu.
- Ibu bapa haruslah berupaya membayar yuran atau bayaran-bayaran lain yang ditetapkan.
*SETIAP PEMBATALAN PERMOHONAN HENDAKLAH DIMAKLUMKAN SEGERA KEPADA PIHAK PEJABAT.
*BAGI PENEMPATAN(ASRAMA) ADALAH TERHAD DAN HANYA DIBUKA KEPADA PELAJAR BERUMUR 13 TAHUN KE ATAS SERTA DI LUAR DAERAH JOHOR BAHRU SAHAJA.