:
Cara Memohon SMIT


1. Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Islam At-Tahfiz (SMIT) boleh dibuat secara online. Sila isi Borang Online menerusi website www.mitt.edu.my

 2. Pemohon juga boleh terus ke pejabat sekolah dan mendapatkan borang permohonan. Isi borang tersebut dengan lengkap dan sertakan dokumen yang diperlukan seperti berikut :

 1 keping gambar berukuran pasport (pelajar);

  • 1 salinan sijil kelahiran pelajar;
  • 1 salinan kad pengenalan pelajar;
  • 1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga;
  • 1 salinan sijil nikah ibubapa
  • 1 salinan slip gaji ibubapa
  • 1 salinan surat berhenti sekolah dari sekolah terdahulu.

 * Mohon Perhatian!

Ibu bapa @ penjaga perlu melampirkan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan selengkapnya sebelum menghantar borang kepada pihak sekolah.

 Jika pihak tuan/puan tidak berbuat demikian borang permohonan tidak akan diproses. Pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa/penjaga melalui telefon atau surat dalam masa terdekat sekiranya ditawarkan tempat di SMIT.