MINGGU 1 & 2 | MEI 2026
SRIT PASIR GUDANG
Tarikh : 19 Mei 2026
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Terbuka MITT Pasir Gudang
Alhamdulillah, pertandingan Piala Pusingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas bagi Minggu 1 dan 2 Mei 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz (SRIT) Pasir Gudang. Program ini merupakan antara usaha berterusan pihak sekolah dalam memupuk budaya kebersihan, disiplin serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa, ceria dan kondusif buat para murid.
Sepanjang tempoh penilaian dijalankan, setiap kelas telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang sangat baik dalam memastikan kebersihan serta susun atur kelas berada pada tahap yang terbaik. Sikap bertanggungjawab dan semangat bekerjasama yang ditunjukkan oleh para murid amat membanggakan serta mencerminkan nilai sahsiah yang ingin diterapkan oleh pihak sekolah.
๐ Keputusan Pertandingan
๐ฅ Tahap 1
โจ 2 Ibn Abbas
๐ฅ Tahap 2
โจ 5 Al Qurtubi
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada kelas yang berjaya atas usaha dan kesungguhan yang dipamerkan. Semoga pengiktirafan ini menjadi motivasi untuk terus mengekalkan budaya kebersihan dan keceriaan kelas secara konsisten.
Pihak Pengurusan MITT turut merakamkan penghargaan kepada guru kelas yang telah memberikan bimbingan dan pemantauan berterusan iaitu Ustaz Rezza dan Ustaz Adib Syukri, serta kepada semua murid yang telah memberikan kerjasama sepanjang pertandingan berlangsung.
Semoga usaha yang kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang berdisiplin, berakhlak dan mencintai kebersihan dalam kehidupan seharian.
ุณููุฑููุง ุนูููู ุจูุฑูููุฉู ูฑููููฐูู
#SRITPasirGudang
#TahfizMITT
#MITT
#MITTPasirGudang
#KeceriaanKelas
#KebersihanKelas
#PialaPusingan
#SekolahCeria
#BudayaDisiplin
#pendidikanislam
-aj-
“Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, bahkan membentuk akhlak, menyemai adab dan membimbing ummah menjadi insan yang bertaqwa di sisi Allah SWT.”
Sempena Sambutan Hari Guru pada hari ini 16 Mei 2026 bersamaan 28 Zulkaedah 1447H, MITT mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik, asatizah, murabbi serta semua insan yang mencurahkan ilmu tanpa jemu demi melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.
Semoga segala jasa dan pengorbanan para guru dikurniakan ganjaran pahala yang berterusan di sisi Allah SWT.
“Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun.”
(Riwayat Ibn Majah)
Selamat Hari Guru 2026
Ikhlas dari Pengurusan MITT dan seluruh warga MITT.
#SelamatHariGuru2026
#selamathariguru
#ucapanselamathariguru
#tahfizmitt
#mittpasirgudang
#smit
#SRIT
#DQ
#mtc
#MembentukGenerasiAlQuran
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya.
Tanggal Jumaat, 15 Mei 2026, sejarah terukir lagi di bumi Al-Maahad Al-Islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz (MITT) apabila seorang lagi pelajar berjaya menyempurnakan hafazan 30 juzuk Al-Quran, iaitu adik Muhammad Ziqri Danish bin Zakaria daripada Kelas Tahfiz Othman.
โBukan mudah memikul kalam Allah di dalam dada. Ia lahir daripada air mata, mujahadah, doa yang tidak pernah putusโฆ dan hati yang sentiasa berpaut kepada Allah.โ
ุงูุญู
ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู
ูู
ุงูุญู
ุฏ ููู ุนูู ูุนู
ุฉ ุงูุฅุณูุงู
ูุงูุฅูู
ุงู
ู
ุง ุดุงุก ุงููู ุชุจุงุฑู ุงููู
ุงููููููู
ูู ุงุฑูุญูู
ูููุง ุจูุงููููุฑูุขูู ููุงุฌูุนููููู ููููุง ุฅูู
ูุงู
ูุง ูููููุฑูุง ููููุฏูู ููุฑูุญูู
ูุฉู
ุงููููููู
ูู ุฐููููุฑูููุง ู
ููููู ู
ูุง ููุณูููููุง ููุนููููู
ูููุง ู
ููููู ู
ูุง ุฌูููููููุง
ููุงุฑูุฒูููููุง ุชูููุงููุชููู ุขููุงุกู ุงูููููููู ููุฃูุทูุฑูุงูู ุงููููููุงุฑู
ููุงุฌูุนููููู ููููุง ุญูุฌููุฉู ููุง ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู
ูููู
Perjalanan hafazan Muhammad Ziqri Danish bin Zakaria bermula pada 1 November 2023 (di DQ MITT), dan dengan izin Allah, setelah melalui pelbagai fasa kesabaran, disiplin serta pengorbanan, akhirnya 30 juzuk Al-Quran berjaya dihimpunkan kemas di dalam dada.
โจ Mabruk ala an-Najah! โจ
Tahniah diucapkan atas kejayaan yang amat besar ini. Semoga Al-Quran yang dihafaz menjadi cahaya kehidupan, peneman di dunia dan syafaat di akhirat kelak.
Sesungguhnya kejayaan ini bukan hanya milik seorang pelajar, tetapi turut dikongsi bersama kedua ibu bapa yang tidak pernah jemu menitipkan doa, memberi sokongan dan menjadi asbab kekuatan sepanjang perjalanan hafazan ini.
Ucapan penghargaan dan jazakumullahu khairan turut ditujukan khas kepada Guru Tasmik, Ustaz Mohd Firdaus Bin Md Aris atas bimbingan, kesabaran dan dedikasi yang dicurahkan sehingga lahirnya seorang lagi Al-Hafiz di bumi MITT.
Tidak dilupakan setinggi-tinggi penghargaan buat pihak pengurusan MITT, para asatizah, tenaga pengajar serta semua pihak yang sentiasa istiqamah mendukung misi Membentuk Generasi Al-Quran.
ุฌูุฒูุงููู
ู ุงูููู ุฎูููุฑูุง ููุซููุฑูุง
ุณูููุฑููุง ุนูููู ุจูุฑูููุฉู ุงููู
#KhatamAlQuran2026
#Khatam30Juzuk
#MITTPasirGudang
#GenerasiAlQuran
#TahfizOthman
#AlHafiz
#MembentukGenerasiAlQuran
_aj_
TARIKH : 11 Mei 2026M / 23 Zulkaedah 1447H
HARI : Isnin
TEMPAT : Surau MITT Pasir Gudang
AKTIVITI :
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Dhuha
Pantauan :
Ustaz Adam Bin Osman
Ustaz Hamidon Bin Sanusi
#tahfizmitt #mittpasirgudang #smitpg #smitpasirgudang #maahadtahfiz #usrah #usrahsmitpg #usrahmingguan #usrahmitt #usrahsmit
TEMPAT : Dewan Sultan Ibrahim UTHM
TARIKH : 5 Mei 2026
HARI : Selasa
MASA : 2.00 - 3.30 ptg