https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1675657999.jpg

PROGRAM SEMBELIHAN | SMIT & SRIT

PROGRAM MENYEMBELIH BURUNG PUYUH  MERUPAKAN SEBUAH PENDEDAHAN ILMU SURVIVAL DAN ILMU MENYEMBELIH BINATANG MENGIKUT SYARIAT. PROGRAM SEMBELIHAN INI JUGA MENANAMKAN SIFAT KEYAKINAN, KEBERANIAN SERTA SIFAT TAQWA. 
PROGRAM INI DILAKSANAKAN PADA 6 FEB 2023 MELIBATKAN SRIT DAN SMIT DENGAN BIIMBINGAN GURU MASING-MASING. PELAJAR TERPILIH BERPELUANG MEMANFAATKAN PRAKTIKAL PENYEMBELIHAN INI.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1675648696jpeg

UJIAN KELAYAKAN SMIT 2023

ALHAMDULILLAAH 

SESI UJIAN KELAYAKAN KEMASUKAN KE SMIT TELAH DILAKSANAKAN DENGAN SEMPURNA PADA 4 FEB 2023 (SABTU) YANG LALU. TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN SECARA TIDAK LANGSUNG. SEMOGA URUSAN SETERUSNYA ALLAH PERMUDAHKAN DAN SEMPURNAKAN DALAM KEBAIKAN.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1675235526.jpg

EXPLORACE DINI 2023 | SMIT

AKTIVITI EXPLORACE DINI TELAH DILAKSANAKAN DENGAN PENUH KOMPETETIF PADA 1 FEB 2023 (RABU).

PARA PELAJAR DIAGIHKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN KECIL DAN DIASINGKAN MENGIKUT JANTINA.

SETIAP KUMPULAN PERLU MELALUI 6 CHECK POINT DAN SETIAP CHECK POINT MEMPUNYAI TUGASAN BERBENTUK DINIAH YANG PERLU DISESELAIKAN.

TERDAPAT PELBAGAI UJIAN YANG PERLU DILALUI ANTARANYA SOALAN FEQAH, FARDHU AIN, PUZZLE, GAMES, PERSEMBAHAN SPONTAN, PROBLEM SOLVING DAN BARANG AMANAH.

SEMOGA MEREKA BEROLEH MANFAAT DENGAN AKTIVITI SEUMPAMA INI. SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA ASSATIZAH SMIT YANG TERLIBAT MENJAYAKAN ROGRAM INI.

SIIRU ALA BARAKATILLAH. 

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1675234495.jpg

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH | SMIT

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH (SMIT)
TINGKATAN 1,2,3 & 5
31 JAN 2023 (SELASA)
DISAMPAIKAN : EN AB AZIZ BIN ABDULLAH & PN.ROSLITA BINTI ROHANI
 
SEMOGA PROGRAM SEUMPAMA INI MEMBERIKAN ILMU FARDHU KIFAYAH YANG SANGAT BERGUNA SEBAGAI BEKALAN SEPANJANG HAYAT DI DALAM HIDUP BERMASYARAKAT.
SELAIN MELAHIRKAN RASA INSAF DENGAN PENGALAMAN SEUMPAMA INI, PELAJAR JUGA DAPAT MEMPRAKTIKKAN SECARA DEKAT DAN TERPERINCI DENGAN APA YANG DIKATAKAN ILMU PENGURUSAN JENAZAH.
SIIRU ALA BARAKATILLAH.
LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1675233159.jpg

PROGRAM USBU’ DINI | SMIT

ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM. DENGAN LIMPAH RAHMAT DAN KASIH SAYANGNYA PROGRAM USBU' DINI YANG DIATURKAN UNTUK PELAJAR TINGKATAN 1, 2 DAN 3 DERJAYA DILAKSANAKAN.
PROGRAM INI DIRENCANAKAN BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI 2 MALAM DI SRIT PT. KUARI BATU PAHAT JOHOR IATU PADA 29, 30 DAN 31 JANUARI 2023. NAMUN ATAS BEBERAPA FAKTOR PROGRAM INI DIJADUALKAN SEMULA PADA 29 DAN 30 JANUARI 2023 SAHAJA.
 
ANTARA PENGISIAN SEPANJANG PROGRAM INI IALAH :
- QIAMULLAIL
- TAHSIN WUDHU'
- TAHSIN SOLAT
- SOLAT FARDHU BERJEMAAH JAMA' & QASAR
- TAZKIRAH
- ILMU BERCUCUK TANAM
- PENGURUSAN JENAZAH
- MEMANCING
- JAULAH PT. KUARI
- BARBEKU
 
 
LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1675219093.jpg

KHATAM 30 JUZUK | DARUL QURAN (BANIN) MITT PASIR GUDANG

ما شاء الله تبارك الله

SEGALA PUJI BAGI ALLAH. ALHAMDULILLAAH, SYABAS DAN TAHNIAH BUAT AKMAL BIN SUHAIRI YANG TELAH ALLAH REZEKIKAN DAPAT MENAMATKAN HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN DALAM TEMPOH 3 TAHUN.

TAHNIAH JUGA KEPADA GURU-GURU PEMBIMBING YANG SENTIASA MEMBANTU, MENDIDIK, MEMBIMBING SERTA MENDORONG SEHINGGA TERCAPAINYA ANUGERAH TERBESAR DARI ALLAH S.W.T INI.


بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ. اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ.

اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا. وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا. وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا. وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ.

اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ.

“SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH, TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM, PUJIAN ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR DAN KESUDAHAN YANG BAIK ADALAH BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.

DAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASUL KITA MUHAMMAD DAN JUGA KE ATAS KELUARGANYA DAN SAHABAT-SAHABATNYA.

YA ALLAH, TUHAN KAMI TERIMALAH DOA KAMI DAN AMALAN KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI YANG MAHA MENGETAHUI.

DAN TERIMALAH TAUBAT KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENERIMA TAUBAT LAGI MENGASIHI. TUNJUKKAN DAN BIMBINGLAH KAMI KEPADA KEBENARAN DAN KEPADA JALAN YANG LURUS DENGAN BERKAT AL-QURAN. YA ALLAH, KASIHANILAH KAMI DENGAN BERKAT AL-QURAN, DAN JADIKANNYA SEBAGAI PIMPINAN, CAHAYA, PETUNJUK DAN RAHMAT UNTUK KAMI.

YA ALLAH, INGTKANLAH KAMI APA YANG TELAH KAMI LUPA DARI AL-QURAN, DAN AJARLAH KAMI APA YANG KAMI TIDAK TAHU TENTANG ISI AL-QURAN, DAN KURNIAKANLAH KAMI KEUPAYAAN UNTUK MEMBACANYA PADA WAKTU-WAKTU MALAM DAN SIANG, DAN JADIKANLAH AL-QURAN ITU SEBAGAI HUJJAH UNTUK KAMI. WAHAI TUHAN PEMELIHARA SEKALIAN ALAM.

YA ALLAH, HIASKANLAH DIRI KAMI DENGAN KEINDAHAN AL-QURAN, MULIAKAN KAMI DENGAN KEMULIAAN AL-QURAN, DAN SERIKAN KAMI DENGAN KETINGGIAN MARTABAT AL-QURAN, DAN PAKAIKAN KAMI DENGAN PAKAIAN PERMATA AL-QURAN, MASUKKAN KAMI KE DALAM SYURGA DENGAN SYAFAAT AL-QURAN, SELAMATKAN KAMI DARIPADA SEGALA BENCANA DUNIA DAN AZAB HARI AKHIRAT DENGAN BERKAT KEHORMATAN AL-QURAN.

YA ALLAH, JADIKANLAH AL-QURAN SEMASA HIDUP KAMI DI DUNIA SEBAGAI RAKAN DAN DI DALAM KUBUR SEBAGAI KAWAN YANG MESRA, PADA HARI KIAMAT SEBAGAI PEMBANTU, SEBAGAI CAHAYA PENYULUH, SEMASA MENUJU KE SYURGA SEBAGAI TEMAN, DAN SEBAGAI PENGHADANG DAN PENDINDING DARI API NERAKA, DAN JADIKANLAH AL-QURAN UNTUK KAMI SEBAGAI PANDUAN DAN IKUTAN KEPADA SEGALA KEBAIKAN, DENGAN LIMPAH KURNIA, KEMURAHAN DAN KEMULIAAN-MU JUA YA ALLAH, TUHAN YANG MAHA PEMURAH.

YA ALLAH, TUNJUKILAH KAMI DENGAN PETUNJUK AL-QURAN, SELAMATKANLAH KAMI DARIPADA API NERAKA DENGAN SEBAB KEMULIAAN AL-QURAN, TINGGIKANLAH DARJAT MARTABAT KAMI DENGAN SEBAB KELEBIHAN AL-QURAN, DAN HAPUSKANLAH DOSA KEJAHATAN KAMI DENGAN SEBAB MEMBACA AL-QURAN, YA ALLAH, TUHAN YANG EMPUNYA SEGALA MACAM KELEBIHAN DAN EHSAN. WAHAI TUHAN KAMI BERILAH KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, DAN PELIHARALAH KAMI DARI AZAB API NERAKA.

ALLAH MENCUCURI RAHMAT DAN SALAM SEJAHTERA KE ATAS JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD S.A.W SERTA KELUARGA DAN SAHABAT-SAHABAT BAGINDA SEKALIAN. MAHA SUCI TUHANMU, TUHAN YANG MEMPUNYAI KEAGUNGAN DAN KEKUASAAN DARI APA YANG MEREKA KATAKAN DAN SELAMAT SEJAHTERA KEPADA SEKALIAN RASUL. DAN SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH, TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SELURUH ALAM.”

LAGI

Page 1 of 31