https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SM110_1665227794.jpg

SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W 1444H

SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W 1444H. MARI KITA BERSAMA PERBANYAKKAN BERSELAWAT 

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1665031141.jpg

CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL & DEEPAVALI SESI 2022/2023

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
BERIKUT ADALAH TARIKH-TARIKH CUTI :
1. CUTI MAULIDUR RASUL ( AHAD | 9 OKTOBER 2022 ) : PELAJAR AKAN BERSEKOLAH PADA ISNIN | 10 OKTOBER 2022
2. CUTI DEEPAVALI ( ISNIN | 24 OKTOBER 2022 )
3. CUTI TAMBAHAN KPM ( AHAD & SELASA | 23 & 25 OKTOBER 2022 ) : PELAJAR AKAN BERSEKOLAH PADA RABU | 26 OKTOBER 2022

ADALAH DIHARAPKAN AGAR PARA IBU BAPA DAN PENJAGA DAPAT MEMBANTU MENGULANGKAJI PELAJARAN, MENJAGA TAHAP KESIHATAN DAN KESELAMATAN SERTA IBADAH SOLAT ANAK-ANAK DAN JAGAAN TUAN/PUAN DI SEPANJANG CUTI INI.
SIIRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1664431882.jpg

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SRIT 2022

ALHAMDULILLAAH. PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DI NURJANNAH CAMP & ECO RESORT, PEKAN NENAS, PONTIAN, JOHOR.

TARIKH : 27 - 29 SEPTEMBER 2022

"KOKURIKULUM TERPIMPIN, KURIKULUM TERJAMIN"

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1664336331.jpg

BUAL BICARA HALA TUJU KERJAYA SMIT 2022

TARIKH : 28/9/2022 (RABU)
MASA : 10.30-12.30


PENCERAMAH UNDANGAN :
ENCIK MOHAMAD HISHAMUDIN BIN MAHAZIR


KUMPULAN SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 4 - 6


ANJURAN : UNIT BIMBINGAN, KAUNSELING DAN KESELAMATAN


OBJEKTIF:
MENDEDAHKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN SWASTA YANG BERSESUAIAN YANG BOLEH DIPILIH OLEH PELAJAR SELEPAS SPM & STAM.
MENERANGKAN MINAT & KERJAYA YANG BERSESUAIAN DENGAN PILIHAN PELAJAR.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1664077774.jpg

KEJOHANAN SUKAN MITT KALI KE 20 TAHUN 2022

ALHAMDULILLAH, SEKOLAH RENDAH & MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ, SERTA DARUL QURAN MITT PASIR GUDANG TELAH BERJAYA MENGANJURKAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-20 SETELAH 2 TAHUN TIDAK DIADAKAN KEJOHANAN SEUMPAMA ITU SEMENJAK PANDEMIK COVID-19 MELANDA NEGARA. KEJOHANAN SUKAN PADA KALI INI DIADAKAN PADA 19 SEPTEMBER 2022, BERSAMAAN 22 SAFAR 1444H YANG LALU DENGAN TEMA DAN GIMIK ALA PAHLAWAN KESULTANAN MELAYU. UPACARA PERASMIAN KEJOHANAN YANG DIRENCANAKAN AKAN DISEMPURNAKAN OLEH YANG BERHORMAT DATO' ASMAN SHAH BIN ABD RAHMAN, DATO' BANDAR PASIR GUDANG, MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG TELAH DIAMBIL ALIH OLEH WAKIL RASMI BELIAU IAITU  IAITU ENCIK ABDUL MALEK BIN MOHAMED, KETUA JABATAN KHIDMAT PEGURUSAN, MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG. DIKHABARKAN DATO' BANDAR TIDAK DAPAT MEMENUHI UNDANGAN MITT UNTUK MERASMIKAN MAJLIS LANTARAN BELIAU SEDANG BERADA DI TANAH SUCI.

KEJOHANAN SUKAN YANG DIADAKAN PADA KALI INI AGAK MENCABAR MEMANDANGKAN HUJAN YANG AGAK KERAP TURUN SABAN PETANG. PADANG MENJADI BECAK DAN BERLUMPUR BENAR-BENAR MEMBATASKAN PERGERAKAN UNTUK KELANCARAN TUGAS. NAMUN KESEMUA ITU TIDAK MENGGUGAT SEMANGAT PARA IBU BAPA DAN PENJAGA UNTUK TURUT SAMA TURUN PADANG MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA ANAK-ANAK DAN JAGAAN MASING-MASING. ANAK-ANAK MITT TIDAK KURANG HEBATNYA. MASING-MASING BAGAIKAN TIDAK SEDIKITPUN TERJEJAS MENTAL DAN SEMANGAT MEREKA UNTUK MEMASTIKAN KEJUARAAN RUMAH SUKAN MASING-MASING MENERUSI ACARA YANG DISERTAI. ALHAMDULILLAH SEPANJANG AKTIVITI INI BERLANGSUNG SEHINGGA KE AKHIR, KESEMUANYA BERJALAN SEPERTI YANG DIJADUALKAN TANPA SEBARANG ARAL.

SESUNGGUHNYA KEJOHANAN SUKAN SEUMPAMA INI MEMBERIKAN IMPAK YANG SANGAT BESAR KHASNYA BUAT ANAK-ANAK DI MITT. MEREKA DITERAPKAN SECARA TIDAK LANGSUNG DENGAN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI, MEMILIKI KETAHANAN MENTAL YANG JITU DAN KEKUATAN FIZIKAL YANG AMPUH DEMI MENCAPAI IMPIAN DAN CITA-CITA. KEAMPUHAN SEMANGAT YANG SEUMPAMA INILAH YANG AKAN MENJADI ACUAN BUAT MEREKA DALAM USAHA MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN YANG AKAN MEMASTIKAN SYIAR ISLAM TERUS TERSEBAR DI SERATA DUNIA DAN TETAP TEGUH TIDAK TERUSIK DIK ZAMAN. SIIRU ALA BARAKATILLAH. 

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1663298773.jpg

SELAMAT HARI MALAYSIA

TANGGAL 16 SEPTEMBER 1963 ADALAH MERUPAKAN TARIKH KERAMAT BAGI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, SABAH, SARAWAK DAN SINGAPURA. INI KERANA PADA TARIKH TERSEBUT TELAH BERLAKUNYA PEMBENTUKAN, PENGISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA MENJADI SEBUAH NEGARA BAHARU.

BAGI MENGINGATI SEJARAH PERISTIWA 16 SEPTEMBER 1963, RAKYAT MALAYSIA AKAN MENYAMBUT HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER SETIAP TAHUN. SEJARAH PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA BERMULA DENGAN HASRAT TUNKU ABDUL RAHMAN YANG INGINMEMBANTU MEMBEBASKAN SABAH, SARAWAK DAN SINGAPURA DARIPADA PENAKLUKAN KOMUNIS. BELIAU INGIN MENYATUKAN TANAH MELAYU BERSAMA TIGA WILAYAH TERSEBUT MENJADI SEBUAH NEGARA YANG MERDEKA. 

LAGI

Page 9 of 31