https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1681130017.jpg

SELAMAT MEMBURU MALAM LAILATUL QADAR 1444H

FIRMAN ALLAH SWT:
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
MAKSUDNYA: “SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN (AL-QURAN) PADA MALAM AL-QADAR, DAN ADAKAH ENGKAU MENGETAHUI AKAN KEBESARAN MALAM AL-QADAR ITU?, MALAM AL-QADAR ITU LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN”.
[AL-QADR, 1-3]
 

KESUNGGUHAN NABI SAW PADA SEPULUH MALAM TERAKHIR

ANTARA HADITH YANG MENUNJUKKAN AKAN KESUNGGUHAN BAGINDA SAW ADALAH:

 

  • DARIPADA AISYAH RA, BELIAU MENCERITAKAN:

 

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ

MAKSUDNYA: “ADAPUN RASULULLAH SAW APABILA TIBA 10 HARI TERAKHIR BULAN RAMADHAN, BAGINDA SAW MEMBANGUNKAN AHLI RUMAHNYA, MENGIKAT KAINNYA (MENJAUHI ISTERI-ISTERINYA) SERTA MENGHIDUPKAN MALAM TERSEBUT”. [RIWAYAT IBN HIBBAN, NO. HADITH 3436]

 

ANTARA RIWAYAT LAIN YANG MENUNJUKKAN AKAN KESUNGGUHAN BAGINDA SAW ADALAH:

  • DARIPADA AISYAH RA, BELIAU MENCERITAKAN BAHAWA:

 

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

MAKSUDNYA: “RASULULLAH SAW BERUSAHA SEDAYA UPAYA PADA MALAM SEPULUH AKHIR RAMADHAN MELEBIHI USAHANYA DARIPADA MALAM-MALAM YANG LAIN”. [RIWAYAT MUSLIM, NO. HADITH 2009]

 
ANTARA RAHSIA ALLAH SWT MENYEMBUNYIKAN MALAM AL-QADAR ADALAH SUPAYA IA MENJADI PENDORONG KEPADA ORANG RAMAI UNTUK MENCARINYA. SELAIN ITU JUGA, SUPAYA MEREKA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MENUNAIKAN IBADAH DEMI UNTUK MENCARI MALAM TERSEBUT, SEPERTI DISEMBUNYIKAN MASA YANG DIPERKENAN DOA PADA HARI JUMAAT DAN JUGA DISEMBUNYIKAN NAMANYA YANG AGUNG DARIPADA SEGALA NAMA-NAMA YANG DIA MILIKI.
 
SEMOGA ALLAH SWT MENGURNIAKAN KEPADA KITA MALAM AL-QADAR YANG DIISI DENGAN AMAL KEBAJIKAN DENGAN MENGHIDUPKAN MALAM TERSEBUT, SETERUSNYA MELAYAKKAN KITA UNTUK MENDAPAT KEAMPUNAN DARIPADA-NYA. AMIN.
 
LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1680929222.jpg

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐮𝐳𝐮𝐥 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝟏𝟕 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇 / 𝟖 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟑

“BULAN RAMADAN YANG PADANYA DITURUNKAN AL-QURAN, MENJADI PETUNJUK BAGI SEKALIAN MANUSIA, DAN MENJADI KETERANGAN-KETERANGAN YANG MENJELASKAN PETUNJUK DAN (MENJELASKAN) PERBEZAAN ANTARA YANG BENAR DENGAN YANG SALAH.” (AL-BAQARAH 2:185)
SELAMAT MENYAMBUT HARI NUZUL AL-QURAN 1444H. MARILAH KITA PERBANYAKKAN MEMBACA ALQURAN SUPAYA IA MENJADI PENGUAT DIRI KITA. SEMOGA IA MENJADI PENEMAN DI ALAM SANA.
LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1679526515.jpg

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN DAN KESYUKURAN.
SEMOGA KITA DAPAT MENYEMPURNAKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN KETAQWAAN AGAR KITA BEROLEH KASIH SAYANG ALLAH S.W.T

BULAN INI TELAH MEMBUKA RUANG SELUAS-LUASNYA UNTUK KITA MEMPERBANYAKKAN IBADAH SERTA MENGHAYATI ERTI KEINSAFAN DEMI MEMPERBAIKI JASAD DAN JIWA.
BERSAMA-SAMA KITA MENGHIDUPKANNYA DENGAN PELBAGAI IBADAH KHUSUSNYA MEMPERBANYAKKAN BACAAN AL-QURAN UNTUK MENGHAMPIRKAN DIRI KEPADANYA, DI SAMPING MENGERATKAN HUBUNGAN SESAMA INSAN.


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1679448041jpeg

CUTI UMUM HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR DAN AWAL RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

BERIKUT ADALAH TARIKH CUTI UMUM :

23 MAC 2023 (KHAMIS) : CUTI SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR

26 MAC 2023 (AHAD)    : CUNTI GANTI AWAL RAMADHAN (23 MAC 2023)

(SILA RUJUK KENYATAAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR BERTARIKH 9 MAC 2023)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

 

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1679144361.jpg

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

🥰 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK SESI 2023/2024! 🥰.

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SELAMAT SEJAHTERA.
PIHAK KAMI MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA PELAJAR SRIT, SMIT DAN DARUL QURAN MITT. SELAMAT DATANG JUGA KEPADA PARA PELAJAR BARU, KHUSUSNYA MURID TAHUN 1 SRIT DAN TINGKATAN 1 SMIT. AHAD (19 MAC 2023) MERUPAKAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN UNTUK SESI 2023/2024 BAGI SEMUA ANAK-ANAK MITT. BAGI IBU BAPA, TENTUNYA INGIN MELIHAT ANAK-ANAK BERJAYA DENGAN CEMERLANG. BAIK DARI SUDUT SAHSIAH MAHUPUN AKADEMIK. SAMA-SAMA DOAKAN DAN USAHAKAN AGAR MATLAMAT INI TERCAPAI KHUSUSNYA DALAM USAHA MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN.

SIRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1678924350.jpg

TAHNIAH BUAT SEMUA

ALHAMDULILLAH.. TAHNIAH SEMUA ANAK-ANAK SRIT, KEPUTUSAN MENINGKAT TAHUN INI👏🏻
RAIKANLAH DAN SYUKURILAH APA PUN KEPUTUSAN YANG TELAH ANAK-ANAK KITA PEROLEHI... RAIKAN KEJAYAAN MEREKA DENGAN CARA KITA. USAH DIBANDING NILAI DENGAN YANG ORANG LAIN PEROLEHI.
TERUSKAN USAHA GIGIH YANG TELAH DIMULAI. PERJALANAN MENUNTUT ILMU MASIH SANGAT JAUH. TERUSKAN MELANGKAH DENGAN NIAT KERANA ALLAH.
 
SIRU ALA BARAKATILLAH.
LAGI