https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_staff004_1699535453.jpg

CUTI UMUM DEEPAVALI

CUTI UMUM SEMPENA HARI DEEPAVALI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

BERIKUT ADALAH TARIKH-TARIKH CUTI :

1. CUTI UMUM (DEEPAVALI): 12 NOV 2023 (AHAD)

2. CUTI TAMBAHAN KPM: 13 NOV 2023 (ISNIN)

3. PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA MENGIKUT JADUAL: 14 NOV 2023 (SELASA)

ADALAH DIHARAPKAN AGAR PARA IBU BAPA DAN PENJAGA DAPAT MEMBANTU MENGULANGKAJI PELAJARAN, MENJAGA TAHAP KESIHATAN DAN KESELAMATAN SERTA IBADAH SOLAT ANAK-ANAK DAN JAGAAN TUAN/PUAN DI SEPANJANG CUTI INI.

 

SIIRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1699234601.jpg

SOLIDARITI PALESTIN DARUL QURAN MITT : BANAT

ALHAMDULILLAH, SOLIDARITI PALESTIN OLEH GURU DAN PELAJAR DARUL QURAN MITT ( BANAT ) TELAH DIADAKAN PADA 1 NOV 2023 YANG LALU BERTEMPAT DI DEWAN TAHFIZ TERTUTUP DQ (BANAT). ANTARA LAIN PENGISIAN YANG DIBUAT IALAH MEWARNA BENDERA PALESTIN, TAZKIRAH INFORMASI SITUASI SEMASA DI PALESTIN, BACAAN DOA DAN QUNUT NAZILAH SERTA NYANYIAN LAGU-LAGU SOLIDARITI PALESTIN. SEMOGA AKTIVITI SEUMPAMA INI DAPAT MENYUNTIK DI DALAM SANUBARI ANAK-ANAK INI DENGAN SEMANGAT CINTAKAN AGAMA DAN SEMANGAT UNTUK MEMBELA SESAMA UMAT ISLAM. IA JUGA BERTUJUAN UNTUK MENYEMAI RASA PRIHATIN, IHSAN DAN PEDULI DENGAN SAUDARA SESAMA ISLAM DI SELURUH DUNIA. 
 
SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN KEPADA GURU-GURU YANG BERUSAHA MENJAYAKAN PROGRAM INI MESKIPUN DALAM KEADAAN SUMBER YANG SANGAT-SANGAT TERBATAS.
 
سيروا على بركات الل
LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1699146188.jpg

PROGRAM PEMANTAPAN RUHIYYAH | SRIT PARIT RAJA | PARIT KUARI | 3 & 4 NOV 2023

ALHAMDULILLAH, SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ PARIT RAJA TELAH MELAKSANAKAN PROGRAM PEMANTAPAN RUHIYYAH PADA 3 & 4 NOV 2023 DI SRIT PARIT KUARI DENGAN JAYANYA.

BERIKUT ADALAH ANTARA PENGISIAN & AKTIVIT YANG DIJALANKAN SEPANJANG PROGRAM TERSEBUT :
✓ SOLAT FARDHU BERJEMAAH
✓ SOLAT HAJAT
✓ QIAMULLAIL
✓ BACAAN AL-MA'THURAT
✓ CERAMAH MOTIVASI
✓ JAMUAN
✓ BACAAN AL-QURAN
✓ GOTONG-ROYONG

SEMOGA PROGRAM INI DAPAT MEMBERIKAN BANYAK MANFAAT KEPADA PARA PESERTA YANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN.

SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT PARA GURU, PARA KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK DAN SESIAPA SAHAJA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN SECARA TIDAK LANGSUNG DI DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.

سيروا على بركات الله

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1698825185.jpg

SRIT | SOLIDARITI PALESTIN | 1 NOV 2023

ALHAMDULILLAH, PROGRAM SOLIDARITI PALESTIN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ TELAH DAPAT DISEMPURNAKAN DENGAN PENUH HARMONI DAN BERSEMANGAT.

AKTIVITI SOLIDARITI PALESTIN INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENGGAMBARKAN SUASANA KEAMANAN, KEDAMAIAN DAN KESEJAHTERAAN SEJAGAT YANG PERLU KITA PUPUK DALAM KALANGAN MURID-MURID KITA.

PENGANJURAN SOLIDARITI PALESTIN ADALAH PENTING UNTUK MEMASTIKAN NILAI KEMANUSIAAN SEJAGAT, PERPADUAN, KEHARMONIAN DAN KARAMAH INSANIAH DIPUPUK DALAM KALANGAN MURID SEUSIA KANAK-KANAK LAGI.

INI BERSESUAIAN DENGAN SARANAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, DATUK PKHARUDDIN GHAZALI MENJELASKAN, MINGGU SOLIDARITI PALESTIN YANG BERLANGSUNG DARI 29 OKTOBER HINGGA 3 NOVEMBER INI DIADAKAN SEBAGAI TANDA KEBERSAMAAN MALAYSIA DALAM KONFLIK ISRAEL-PALESTIN.

ANTARA LAIN PENGANJURAN INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENGGAMBARKAN SUASANA KEAMANAN, KEDAMAIAN DAN KESEJAHTERAAN SEJAGAT YANG PERLU KITA PUPUK DALAM KALANGAN MURID-MURID.


KEJADIAN YANG SEDANG BERLAKU DI PALESTIN SENTIASA DILAPORKAN DALAM MEDIA-MEDIA ANTARABANGSA DAN TEMPATAN. JUSTERU, MURID DI BANGKU SEKOLAH INI TIDAK TERKECUALI DARIPADA DARIPADA MENDENGAR ATAU MELIHAT BERITA-BERITA BERKENAAN.

PENGANJURAN PROGRAM SEPERTI ITU JUGA AKAN MEMBERI RUANG YANG LEBIH LUAS KEPADA MURID DI SEKOLAH MENGENAI KEJADIAN YANG BERLAKU DI PALESTIN DAN PADA MASA SAMA MENGENALI HAK ASASI KEMANUSIAAN SEJAGAT.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_staff004_1698631466jpeg

PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU SESI 2024/2025 (PARIT RAJA)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

PERMOHONAN BARU BAGI SESI 2024/2025 SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ PARIT RAJA TELAH DIBUKA MULAI 05 SEPTEMBER 2023 SEHINGGA 15 NOVEMBER 2023.

KURIKULUM YANG DISEDIAKAN DI SEKOLAH INI MERANGKUMI AKADEMIK, DINIAH SERTA TAHFIZ DAN KO-KURIKULUM YANG BERSESUAIAN DENGAN PARA PELAJAR.

JUSTERU, PIHAK SEKOLAH MEMPELAWA PARA IBU BAPA YANG BERHASRAT UNTUK MENDAFTARKAN ANAK DI SEKOLAH INI,

UNTUK SEGERA MENDAFTAR SAMADA HADIR KE PEJABAT SEKOLAH UNTUK MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN ATAU MENGISI BORANG PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN DI WEB SEKOLAH.

SILA HUBUNGI NOMBOR TERTERA UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1697957151.jpg

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN MITT KE-21, TAHUN 2023

ALHAMDULILLAAH, DENGAN IZINNYA, MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN MITT-KALI KE-21, TAHUN 2023 DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN PENUH MERIAH DAN GILANG GEMILANG. MAJLIS PADA KALI INI DIRASMIKAN OLEH DR. MOHD FARIS BIN MOHAMMAD AYUB, PAKAR PERUNDING BEDAH AM. BELIAU MERASA AMAT TERSANJUNG DENGAN PENGHORMATAN YANG JULUNG KALINYA SEUMPAMA INI. KEJOHANAN SUKAN PADA KALI INI JUGA SANGAT BERBEZA PELAKSAANNYA BERBANDING 20 SIRI SEBELUMNYA. INI KERANA PADA HARI KEMUNCAK (HARI INI) TIDAK DIADAKAN SEBARANG ACARA PADANG, SELAIN UCAPAN PERASMIAN, PERTANDINGAN PERBARISAN, PERTANDINGAN HIASAN KHEMAH RUMAH SUKAN, PENYAMPAIAN HADIAH DAN JAMUAN. NAMUN BEGITU SUASANA SANGAT MERIAH BEGITU MEWARNAI MAJLIS PADA KALI INI, BIARPUN DIIRINGI DENGAN CUACA YANG SANGAT TERIK. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KESEMUA USAHA WARGA MITT TERDIRI DARI BARISAN PENTADBIRAN, BARISAN KAKITANGAN AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK, TERMASUK PARA IBU BAPA DAN PENJAGA SERTA PARA PELAJAR YANG TELAH TURUT SAMA BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN MAJLIS INI. SIRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1697332818.jpg

SRIT | UJIAN KELAYAKAN TAHUN 1 | JUMAAT | 13/10/2023

ALHAMDULILLAH, UJIAN KELAYAKAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ BAGI PENGAMBILAN TAHUN 1 SESI 2024 TELAH DAPAT DISEMPURNAKAN SEPERTI YANG TELAH DIRANCANG. SEBANYAK 5 KELAS TELAH DIGUNAKAN BAGI SESI UJIAN PADA KALI INI. SESI PENDAFTARAN DIMULAI SEKITAR JAM 9.00 PAGI MANAKALA UJIAN DILAKSANAKAN SEKITAR JAM 9.30 PAGI DAN TAMAT SEKITAR JAM 11.00 PAGI. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA IBU BAPA YANG TERLIBAT DALAM MENGHANTAR ANAK-ANAK KE SESI UJIAN KELAYAKAN INI. SEKALUNG PENGHARGAAN JUGA BUAT PARA ASSATIZAH YANG TERLIBAT DALAM MEMASTIKAN SESI UJIAN INI BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA. KEPUTUSAN UJIAN AKAN DIMAKLUMKAN SECARA RASMI OLEH PIHAK PEJABAT SEKOLAH SECARA LANGSUNG BERDASARKAN KEPADA PRESATSI UJIAN YANG TELAH DILAKSANAKAN.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1696815593.jpg

SRIT | QIAM 2 | TAHUN 6 | 2023

ALHAMDULILLAH, PROGRAM QIAM SIRI 2 KHUSUS BAGI TAHUN 6 TELAH DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN BAIK PADA 5 & 6 OKTOBER 2023 YANG LALU. PROGRAM SEUMPAMA INI TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MENERAPKAN SIFAT KEHAMBAAN DAN KETAQWAAN KITA KEPADA ALLAH S.W.T. SELAIN DARI MENJADI USAHA UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA SANG PENCIPTA, PROGRAM INI TURUT MEMBERIKAN RUANG KEPADA PARA PESERTA AGAR SENTIASA MENYEDARI HAKIKAT UNTUK APA MANUSIA DICIPTAKAN. SELAIN ITU NILAI-NILAI DAN PENGISIAN ROHANI YANG TURUT DISERTAKAN DIHARAPKAN MENJADI BEKAL KEPADA MEREKA DALAM MELADENI KEHIDUPAN MENDATANG DENGAN AMPUH DAN CEKAL. TAHNIAH KEPADA SELURUH KAKITANGAN GURU YANG TERLIBAT BAGI MEMASTIKAN PROGRAM INI BERLANGSUNG DENGAN SUKSES. TAHNIAH JUGA KEPADA PARA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG MEMBERIKAN SOKONGAN DENGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK MEREKA BAGI MENGIKUTI PROGRAM INI.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1696747572.jpg

UJIAN SYAFAWI SDEA 1445H/2023

MAKLUMAN UJIAN SYAFAWI SDEA
HARI : AHAD - RABU
TARIKH: 8 -11 /10 /2023
MASA : 9:00 - 12.30 TENGAHARI.

📍 HARI ISNIN HINGGA RABU MULA UJIAN PUKUL 8:30 PAGI - 12:00 T/HARI

TEMPAT :
1. DEWAN TERTUTUP ( BILIK UJIAN)

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1696747316.jpg

SAMBUTAN MAULIDURRASUL S.A.W SRIT PARIT RAJA 1445H

SAMBUTAN MAULIDURRASUL S.A.W BAGI PERINGKAT SRIT PARIT RAJA TELAH DAPAT DISEMPURNAKAN PADA 5 OKTOBER 2023, IAITU PADA HARI KHAMIS YANG LALU. MAJLIS TELAH DISEMPURNAKAN PERARAKA, BACAAN SELAWAT, UCAPAN MUDIR DAN CERAMAH MAULID. MAJLIS INI DIAKHIRI DENGAN JAMUAN KEPADA SELURUH WARGA SRIT PARIT RAJA TERMASUK PARA IBU BAPA DAN PENJAGA.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
LAGI

Page 28 of 54