SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM KEPADA SEMUA CALON.
SEMOGA SEGENAP USAHA YANG TELAH DIGARAPKAN AKAN DIBERKATI ALLAH.
TERUSKAN USAHA DAN PERJUANGAN.
BIT TAUFIK WAN NAJAH.
SIIRU ALA BARAKATILLAH!
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM KEPADA SEMUA CALON.
SEMOGA SEGENAP USAHA YANG TELAH DIGARAPKAN AKAN DIBERKATI ALLAH.
TERUSKAN USAHA DAN PERJUANGAN.
BIT TAUFIK WAN NAJAH.
SIIRU ALA BARAKATILLAH!
JOM SERTAI PROGRAM INTENSIF HAFAZAN SEMPENA CUTI SEKOLAH.
TARIKH : 19 FEB HINGGA 16 MAC 2023
MASA : 8.00 PG HINGGA 3.30 PTG
PARA REMAJA BERUSIA 7 TAHUN KE ATAS AMAT DIGALAKKAN UNTUK TURUT SERTA.
PESERTA AKAN DIBIMBING OLEH PARA HUFFAZ YANG CUKUP BERPENGALAMAN.
SARAPAN DAN MAKAN TENGAHARI ADA DISEDIAKAN.
SIJIL TURUT DIBERIKAN PADA AKHIR PROGRAM.
SEGERA HUBUNGI :
07-253 2908
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.
REBUT SEGERA PELUANG KEEMASAN.
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ BERLAKU PADA MALAM ISNIN, 27 REJAB, KIRA-KIRA 18 BULAN SEBELUM HIJRAH DAN TELAH DILALUI RASULULLAH S.A.W.
ISRA’ WA MIKRAJ MERUPAKAN SALAH SATU PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH RASULULLAH SAW YANG WAJIB DIIMANI OLEH UMAT ISLAM.
FIRMAN ALLAH SWT (BERMAKSUD):
"MAHA SUCI ALLAH YANG TELAH MENJALANKAN HAMBANYA (MUHAMMAD S.A.W) PADA MALAM HARI DARI MASJID AL-HARAAM KE MASJID AL-AQSA, YANG KAMI BERKATI SEKELILINGNYA, UNTUK MEMPERLIHATKAN KEPADANYA TANDA-TANDA (KEKUASAAN DAN KEBESARAN) KAMI. SESUNGGUHNYA ALLAH JUALAH YANG MAHA MENDENGAR, LAGI MAHA MELIHAT.
(SURAH AL-ISRA’, AYAT 1).
PERISTIWA BESAR INI AMAT LUAR BIASA YANG DIALAMI OLEH NABI SAW DAN DIANGGAP SEBAGAI SATU ANUGERAH DARIPADA ALLAH SWT. INI SEBAGAI TANDA KEAGUNGAN DAN KEBESARANNYA.
DUA KEAJAIBAN ITU ADALAH ‘ISRAK’ DAN ‘MIKRAJ’ YANG BERLAKU HANYA DALAM SATU MALAM.
ISRAK – PERJALANAN DARI MASJIDIL-HARAM KE MASJIDIL-AQSA.
RASULULLAH TELAH MELALUI ISRAK DARI MASJIDIL HARAM, MEKAH KE MASJIDIL AQSA DI PALESTIN.
MIKRAJ – NAIK KE HADHRATUL-QUDUS.
PERJALANAN NABI MERENTAS TUJUH LAPIS LANGIT HINGGA KE SIDRATUL MUNTAHA DAN KE MUSTAWA.
KRONOLOGI PERISTIWA
DIPETIK DARI BAHAGIAN DAKWAH, JAKIM BERIKUT ADALAH RINGKASAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ.
1. ISRAK
NABI MUHAMMAD S.A.W DIBAWA OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S. DARI MASJIDIL HARAM KE MASJIDIL AQSA DENGAN MENUNGGANG BURAQ.
SEBELUM BAGINDA MEMULAKAN PERJALANANNYA, HATI BAGINDA DIBERSIHKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S. DENGAN AIR SUCI ZAM ZAM.
SEPANJANG PERJALANAN APABILA SAMPAI TEMPAT-TEMPAT YANG TERTENTU (TEMPAT-TEMPAT YANG MULIA DAN BERSEJARAH), RASULULLAH TELAH DIARAH OLEH JIBRAIL SUPAYA BERHENTI DAN SOLAT SEBANYAK DUA RAKAAT.
ANTARA TEMPAT-TEMPAT BERKENAAN IALAH:
NEGERI THAIBAH (MADINAH), TEMPAT DI MANA RASULULLAH AKAN MELAKUKAN HIJRAH.
BUKIT TURSINA, IAITU TEMPAT NABI MUSA A.S. MENERIMA WAHYU DARIPADA ALLAH.
BAITUL-LAHAM (TEMPAT NABI ‘ISA A.S. DILAHIRKAN).
SEMASA DALAM PERJALANAN, BAGINDA TELAH MELALUI PELBAGAI PERISTIWA ANTARANYA IALAH BAGINDA MELIHAT KAUM YANG SEDANG BERTANAM DAN TERUS MENUAI HASIL TANAMAN MEREKA. APABILA DITUAI, HASIL (BUAH) YANG BARU KELUAR SEMULA SEOLAH-OLAH BELUM LAGI DITUAI.
HAL INI BERLAKU BERULANG-ULANG. RASULULLAH S.A.W DIBERITAHU OLEH JIBRAIL: ITULAH KAUM YANG BERJIHAD “FISABILILLAH” YANG DIGANDAKAN PAHALA KEBAJIKAN SEBANYAK 700 KALI GANDA BAHKAN SEHINGGA GANDAAN YANG LEBIH BANYAK.
DIRINGKASKAN KISAH INI SETIBANYA DI MASJID AL-AQSA, RASULULLAH TURUN DARIPADA BURAQ.
MIKRAJ
PERISTIWA MIKRAJ PULA BERMULA DARIPADA MASJID AL-AQSA KEMUDIAN BAGINDA DIANGKAT KE LANGIT DENGAN MENAIKI TANGGA DARIPADA SYURGA.
RASULULLAH SAW BERSAMA MALAIKAT JIBRIL A.S NAIK KE ATAS TANGGA PERTAMA LALU TERANGKAT KE PINTU LANGIT DUNIA (PINTU HAFZHAH).
BAGINDA MENAIKI DARIPADA LANGIT PERTAMA HINGGA KE SEPULUH DAN DISETIAP LANGIT BAGINDA BERTEMU DENGAN PARA-PARA NABI DAN MELALUI PELBAGAI PERISTIWA ANTARANYA BAGINDA DAPAT MELIHAT UMAT BAGINDA SENDIRI YANG RAMAI, TERMASUK 70 RIBU ORANG YANG MASUK SYURGA TANPA HISAB.
DI LANGIT KESEPULUH (TANPA DITEMANI MALAIKAT JIBRIL) RASULULLAH SAW DAPAT MENYAKSIKAN ALLAH SWT DENGAN MATANYA SENDIRI, LALU BAGINDA SUJUD.
DARI PERTEMUAN ITU, BAGINDA MENERIMA WAHYU DAN PERINTAH DARI ALLAH S.W.T. IAITU PENERIMAAN IBADAH SOLAT. (YANG MANA KETIKA ITU, BAGINDA DIPERINTAHKAN SOLAT SEBANYAK 50 WAKTU.)
KEMUDIAN DIKURANGKAN MENJADI 10 WAKTU.
AKHIRNYA, DIKURANGKAN SEBANYAK 5 WAKTU. 5 WAKTU YANG KINI KITA LAKUKAN SETIAP HARI IAITU SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB DAN ISYAK.
SELEPAS MIKRAJ
SETELAH ITU, BAGINDA PULANG KE MASJIDIL HARAM.
KEMUDIAN, BAGINDA MENYAMPAIKAN WAHYU DAN PERINTAH ALLAH SOLAT 5 WAKTU ITU KEPADA UMAT DI MEKAH.
KETIKA ITU ADA YANG PERCAYA DAN ADA YANG TIDAK PERCAYA SEHINGGA ADA YANG MURTAD DARI ISLAM.
TETAPI, SAHABAT BAGINDA SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ APABILA DIKHABARKAN KEPADANYA TENTANG PERISTIWA INI, BELIAU SEDIKIT PUN TIDAK RAGU BAHKAN MEMBENARKAN MALAH LEBIH MEMBENARKAN SEKIRANYA ADA YANG LEBIH HEBAT LAGI DARI PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ INI.
SEJAK ITU BELIAU DIBERI GELARAN ‘AS-SIDDIQ’ YANG MEMBERI MAKSUD ‘YANG MEMBENARKAN’.
KEMUDIAN MASUK KE DALAM MASJID DAN MENGIMAMKAN SEMBAHYANG DUA RAKAAT DENGAN SEGALA ANBIA DAN MURSALIN MENJADI MAKMUM.
RASULULLAH S.A.W TERASA DAHAGA, LALU DIBAWA JIBRAIL DUA BEJANA YANG BERISI ARAK DAN SUSU. RASULULLAH S.A.W MEMILIH SUSU LALU DIMINUMNYA.
KATA JIBRAIL: BAGINDA MEMBUAT PILIHAN YANG BETUL. JIKA ARAK ITU DIPILIH, NESCAYA RAMAI UMAT BAGINDA AKAN MENJADI SESAT.
PROGRAM MENYEMBELIH BURUNG PUYUH  MERUPAKAN SEBUAH PENDEDAHAN ILMU SURVIVAL DAN ILMU MENYEMBELIH BINATANG MENGIKUT SYARIAT. PROGRAM SEMBELIHAN INI JUGA MENANAMKAN SIFAT KEYAKINAN, KEBERANIAN SERTA SIFAT TAQWA. 
PROGRAM INI DILAKSANAKAN PADA 6 FEB 2023 MELIBATKAN SRIT DAN SMIT DENGAN BIIMBINGAN GURU MASING-MASING. PELAJAR TERPILIH BERPELUANG MEMANFAATKAN PRAKTIKAL PENYEMBELIHAN INI.
ALHAMDULILLAAHÂ
SESI UJIAN KELAYAKAN KEMASUKAN KE SMIT TELAH DILAKSANAKAN DENGAN SEMPURNA PADA 4 FEB 2023 (SABTU) YANG LALU. TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN SECARA TIDAK LANGSUNG. SEMOGA URUSAN SETERUSNYA ALLAH PERMUDAHKAN DAN SEMPURNAKAN DALAM KEBAIKAN.