TARIKH : 23/10/2024
HARI : RABU
LOKASI : SURAU MITT
TAZKIRAH : USTAZ ADAM
✨الحمد لله رب العالمين✨
🌹🌹الحمد لله على نعمة الاسلام والايمان 🌹🌹
ما شاء الله تبارك الله
اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً
اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نُسِينَا وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا
وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ
وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
ALHAMDULILLAH, SEGALA KEPUJIAN DAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH SWT DI ATAS SEGALA NIKMAT KURNIAAN DAN ANUGERAH YANG TIDAK TERHITUNG KEPADA KITA SEMUA.
TANGGAL 20 RABIUL AKHIR 1446H BERSAMAAN 23/10/2024 (RABU) TELAH LAHIR SEORANG LAGI AL-HAFIZ DI BUMI MITT INI IAITU AHMAD AJWAD ADLI BIN ADAM, MAAHAD TAHFIZ CHAMEK. MABRUK ALAN NAJAH. SYABAS DAN TAHNIAH.
PELBAGAI UJIAN DAN DUGAAN YANG DITEMPUH OLEH ADIK AHMAD AJWAD SEHINGGALAH ALLAH REZEKIKAN BELIAU BERJAYA MENGKHATAMKAN HAFAZAN AL-QURAN PADA HARI INI.
SEMOGA AL-QURAN YANG DIBAWA BERSAMA DALAM HIDUP INI MENJADIKAN ADIK AHMAD AJWAD SEORANG YANG MAHIR DALAM AGAMA DAN BERKHIDMAT UNTUK AGAMA SERTA MASYARAKAT.
TAHNIAH DIUCAPKAN JUGA KEPADA GURU AL-QURAN BELIAU USTAZ AHMAD AMIRULHAKIMI BIN RIDZUAN YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS DALAM MENJAYAKAN PENDIDIKAN TAHFIZ KEPADA PARA PELAJAR MAAHAD TAHFIZ CHAMEK.
AKHIR SEKALI, TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN MITT, IBUBAPA DAN KELUARGA YANG BERTUNGKUS LUMUS DALAM MENDIDIK PARA PELAJAR SERTA SEMUA PENYUMBANG YANG MEMBERIKAN SUMBANGAN DALAM MELANCARKAN PERJALANAN MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN DI MITT DAN DI NEGARA INI.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA..
-SIIRU ALA BARAKALTILLAH-
#KHATAMQURAN
#KHATAMALQURAN
#MAAHADTAHFIZNEGERIJOHOR
#MAAHADTAHFIZ
#MAAHADTAHFIZCHAMEK
#MITTPASIRGUDANG
#MITT SEE LESS
ALHAMDULILLAAH, BARU-BARU INI MAAHAD TAHFIZ CHAMEK TELAH MEMENUHI UNDANGAN DARI MASJID JAMEK AL-MOKMIN, CHAMEK UNTUK MEMPERSEMBAHKAN QASIDAH SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W YANG TELAH DIADAKAN PADA 15 RABIUL AKHIR 1446H BERSAMAAN 18 OKTOBER 2024 IAITU PADA HARI JUMAAT YANG LALU. 
KAMI DARI WARGA MITT MERASA SANGAT BERBESAR HARI ATAS KESUDIAN WARGA KARIAH MASJID MENGUNDANG PARA PENUNTUT KAMI UNTUK MEMPERDENGARKAN QASIDAH SEBAGAI SALAH SATU DARI PENGISIAN MAJLIS YANG PENUH DENGAN BAROKAH ITU.
SEMOGA UKHUWAH KITA TERUS BERPANJANGAN DAN SENTIASA DIBERKATI ALLAH S.W.T
SIIRU ALA BAROKATILLAH
ALHAMDULILLAAH, SRIT PARIT RAJA SANGAT BERBESAR HATI DAN SANGAT MENGALU-ALUKAN LAWATAN MAHABBAH SK SERI PAYA KE SEKOLAH INI.
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PARA GURU DAN PENTADBIR SK SERI PAYA  YANG TELAH MERANCANG DAN MELAKSANAKAN MISI MAHABBAH YANG SANGAT BESAR MAKNANYA KHUSUSNYA BUAT SRIT PARIT RAJA.
SEMOGA UKHUWAH YANG TERJALIN  SEKIAN LAMA INI SEMAKIN MEKAR DAN MEWARNAI DUNIA PENDIDIKAN ANAK-ANAK KITA KHUSUSNYA DALAM USAHA MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN.
TARIKH : 20.10.2024
HARI : AHAD
LOKASI : DATARAN TERBUKA SRIT PARIT RAJA
SEMOGA KITA BEROLEH BAROKAH DAN RAHMAT DARI ALLAH S.W.T
SIIRU ALA BARAKATILLAH 
TARIKH : 18 OKTOBER 2024
HARI     : JUMAAT 
LOKASI  : SRIT PARIT KUARI
ALHAMDULILLAH BARU-BARU INI MITT DIHUBUNGI OLEH PIHAK MAJLIS BELIA DAERAH JOHOR BAHARU UNTUK MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM REACH OUT MAJLIS BELIA MBD & COMMUNITY KEPADA SEKOLAH RENDAH & MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ. MAJLIS BELIA DAERAH JOHOR BAHRU DENGAN KERJASAMA MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) TELAH MENGANJURKAN PROGRAM REACH OUT MBD & COMMUNITY PADA :
 TARIKH :18 OKTOBER 2024, JUMAAT
MASA :7.00 MALAM - 7.45 MALAM
TEMPAT : SURAU MITT
PENYERAHAN SUMBANGAN INI ADALAH MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA AKTIVITI MENYANTUNI KOMUNITI BELIA YANG ADA DI SEKITAR KAWASAN SASARAN. 
PIHAK MITT SANGAT BERBESAR HATI MENERIMA SUMBANGAN DARI WARGA MBM DAN MBD & COMMUNITY. 
PERGI MENGAJI DI TANJUNG ROKAN
TAMBAT PERAHU DILUPAKAN JANGAN
PEMBERIAN TUAN-PUAN KAMI ALU-ALUKAN
KECIL TELAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN
SEMOGA BUDI BAIK TUAN/PUAN BEROLEH SEBESAR-BESAR GANJARAN PAHALA DI SISI ALLAH S.W.T DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.
SIIRU ALA BARAKATILLAH.
ALHAMDULILLAH, SEBESAR-BESAR PUJI DAN SYUKUR KE HADRAT ALLAH S.W.T ATAS LIMPAH PERKENANNYA TERLAKSANA SUDAH PERKHEMAHAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ PASIR GUDANG DI D' BEMBAN CAMP & ECO RESORT BERMULA 15 OKTOBER 2024 (SELASA) HINGGA 17 OKTOBER 2024.
PARA PESERTA YANG DIIRINGI PARA ASSATIZAH SRIT MULA BERTOLAK KE LOKASI SEAWAL JAM 8.30 PAGI. SEKITAR JAM 11.00 PAGI PARA PESERTA MULA MENDIRIKAN KHEMAH SELEPAS MENERIMA TAKLIMAT KESELAMATAN, ORIENTASI KAWASAN DAN PENGENALAN D' BEMBAN CAMP & ECO RESORT YANG MENJADI LOKASI PERKHEMAHAN.
PENGISIAN AKTIVITI :
1. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
2. AL-MA'THURAT
3. BACAAN YASSIN
4. QIAMULLAIL
5. TAZKIRAH SUBUH
6. TREASURE HUNT
7. KULIAH MAGHRIB
8. JUNGLE TRACKING
9. SURVIVAL SKILLS
10. SURVIVAL COOKING
11. BARBEQUE
12. MALAM JATI DIRI
13. GOTONG-ROYONG
14. MAJLIS PENUTUP
15. PENYAMPAIAN HADIAH
SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA JAWATANKUASA PELAKSANA KERANA TELAH BERTUNGKUS LUMUS BERBAHAGI TUGAS MEMERAH KERINGAT DALAM USAHA MEMASTIKAN PROGRAM INI MENCAPAI MATLAMATNYA. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA PIHAK PENGURUSAN MITT KERANA MEMBERIKAN PELUANG DAN RUANG UNTUK MURID-MURID SRIT PASIR GUDANG MENEROKA PENGALAMAN BARU YANG TIDAK AKAN DIPEROLEHI MENERUSI PDP DI BILIK DARJAH. SEMOGA MEREKA BEROLEH MANFAAT DEMI MASA HADAPAN. SIRU ALA BARAKATILLAH.