https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR155_1651027239jpeg

SALAM LEBARAN 1443H

DI KESEMPATAN INI, KAMI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1443H BUAT PARA IBU BAPA & PENJAGA KHASNYA,

JUGA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM, MAAF ZAHIR DAN BATIN, MINAL AID WAL FAIZIN, KULLU AMIN WA ANTUM BI KHAIR.

RAIKAN KEINDAHAN SYAWAL BERSAMA YANG TERSAYANG.

IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA MITT.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR155_1650953168jpeg

PELUANG BERWAKAF DI AKHIR RAMADHAN (TURAP PARKIR)

MARI SAMA-SAMA KITA BERWAKAF DI AKHIR RAMADHAN.
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: “ APABILA MATINYA SESEORANG ANAK ADAM ITU MAKA TERPUTUSLAH AMALANNYA KECUALI TIGA PERKARA IAITU SEDEKAH JARIAH ,

ILMU YANG DIMANFAATKANNYA DAN ANAK YANG SOLEH YANG SENTIASA MENDOAKAN KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. ( HADIS RIWAYAT MUSLIM )

MENDERMA KINI LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI SNAPNPAY.

HANYA DENGAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT ANDA BOLEH MEMBUAT SUMBANGAN KEPADA PEMBANGUNAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH AT-TAHFIZ (PEMBANGUNAN)

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR155_1650263569jpeg

SELAMAT MEMBURU LAILATUL QADAR

MALAM YANG KHUSUS PADA BULAN RAMADHAN, YANG DIKURNIAKAN ALLAH S.W.T BUAT HAMBANYA. MENJADI REBUTAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM KERANA ALLAH TELAH MENJANJIKAN FADHILAT YANG TERAMAT BESAR BUAT SESIAPA YANG MENGHIDUPKANNYA IAITU MALAM YANG LEBIH BAIK DARIPADA 1000 BULAN.

SABDA RASULULLAH S.A.W YANG TELAH DIRIWAYATKAN OLEH ABU HURAIRAH: "SESIAPA YANG MENEGAKKAN MALAM LAILATUL QADAR KERANA IMAN DAN MENGHARAPKAN PAHALA, MAKA AKAN DIAMPUNKAN DOSA-DOSANYA YANG TELAH LALU".

JUSTERU, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANFAATKAN BAKI AKHIR RAMADHAN DENGAN MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR INI DENGAN MENDIRIKAN SOLAT, BERZIKIR, MEMBACA AL-QURAN, BERDOA DAN BERTAUBAT MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH SWT. SEMOGA ALLAH SWT MEMILIH KITA TERMASUK DALAM KALANGAN MEREKA YANG DAPAT BERTEMU DENGAN MALAM LAILATUL QADAR.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR155_1649916156jpeg

SELAMAT MENYAMBUT HARI NUZUL AL-QURAN 1443H

SALAM NUZUL AL-QURAN 1443H BUAT SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA. MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGHAYATI DAN MENGAMBIL IKHTIBAR DARI PERISTIWA NUZUL AL-QURAN INI DAN PERBANYYAKKANLAH TADARUS AL-QURAN DI BULAN MULIA INI DAN SEMOGA AMALAN INI DAPAT DIPRAKTISKAN SEPANJANG MASA INSHAA ALLAH. SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI ALLAH SENTIASA.

" DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH DATANGKAN KEPADA MEREKA, SEBUAH KITAB (AL-QURAN) YANG KAMI TELAH MENJELASKANNYA SATU PERSATU BERDASARKAN PENGETAHUAN (KAMI YANG MELIPUTI SEGALA-GALANYA), UNTUK MENJADI HIDAYAH PETUNJUK DAN RAHMAT, BAGI ORANG-ORANG YANG (MAHU) BERIMAN." (AL-A'RAAF 7:52)

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR155_1649117604jpeg

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2021

SELURUH WARGA MITT INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA CALON PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2021 YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERMULA PADA HARI INI. SEMOGA SEMUA CALON DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN SEPANJANG PEPERIKSAAN INI DAN MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

SIRRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR155_1648903183jpeg

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1443H

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

WARGA MITT INGIN MENGUCAPKAN SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

ABU HURAIRAH RA. MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA: “UMATKU TELAH DIKURNIAKAN DENGAN LIMA PERKARA YANG ISTIMEWA YANG BELUM PERNAH DIBERIKAN KEPADA SESIAPA PUN SEBELUM MEREKA. BAU MULUT DARIPADA SEORANG ISLAM YANG BERPUASA ADALAH TERLEBIH HARUM DI SISI ALLAH DARIPADA BAU HARUMAN KASTURI. IKAN-IKAN DI LAUTAN MEMOHON ISTIGHFAR (KEAMPUNAN) KE ATAS MEREKA SEHINGGALAH MEREKA BERBUKA PUASA”.

ALLAH MEMPERSIAPKAN SERTA MENGHIASI JANNAH YANG KHAS SETIAP HARI DAN KEMUDIAN BERFIRMAN KEPADANYA: “MASANYA TELAH HAMPIR TIBA BILAMANA HAMBA-HAMBAKU YANG TAAT AKAN MENINGGALKAN SEGALA HALANGAN-HALANGAN YANG BESAR (DI DUNIA) DAN AKAN MENDATANGIMU.”

PADA BULAN INI SYAITAN-SYAITAN YANG DURJANA DIRANTAIKAN SUPAYA TIDAK MENGGODA MEREKA KE ARAH MAKSIAT-MAKSIAT YANG BIASA MEREKA LAKUKAN PADA BULAN-BULAN SELAIN RAMADHAN. PADA MALAM TERAKHIR RAMADHAN (ORANG-ORANG YANG BERPUASA INI) AKAN DIAMPUNKAN.” MAKA SAHABAT-SAHABAT RASULULLAH SAW PUN BERTANYA: “WAHAI PESURUH ALLAH, ADAKAH ITU MALAM LAILATUL QADAR?” DIJAWAB OLEH RASULULLAH SAW: “TIDAK, TETAPI SELAYAKNYA SEORANG YANG BERAMAL ITU DIBERI BALASAN SETELAH MENYEMPURNAKAN TUGASNYA.”

LAGI

Page 13 of 31