https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1676674380.jpg

PROGRAM INTENSIF HAFAZAN SEMPENA CUTI SEKOLAH.

JOM SERTAI PROGRAM INTENSIF HAFAZAN SEMPENA CUTI SEKOLAH.
TARIKH : 19 FEB HINGGA 16 MAC 2023
MASA : 8.00 PG HINGGA 3.30 PTG

PARA REMAJA BERUSIA 7 TAHUN KE ATAS AMAT DIGALAKKAN UNTUK TURUT SERTA.
PESERTA AKAN DIBIMBING OLEH PARA HUFFAZ YANG CUKUP BERPENGALAMAN.
SARAPAN DAN MAKAN TENGAHARI ADA DISEDIAKAN.
SIJIL TURUT DIBERIKAN PADA AKHIR PROGRAM.


SEGERA HUBUNGI :
07-253 2908
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.
REBUT SEGERA PELUANG KEEMASAN.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1676673973.jpg

ISRAK MIKRAJ 1444H/2023 | MEMPERINGATI PERISTIWA AGUNG DALAM ISLAM

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ BERLAKU PADA MALAM ISNIN, 27 REJAB, KIRA-KIRA 18 BULAN SEBELUM HIJRAH DAN TELAH DILALUI RASULULLAH S.A.W.

ISRA’ WA MIKRAJ MERUPAKAN SALAH SATU PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH RASULULLAH SAW YANG WAJIB DIIMANI OLEH UMAT ISLAM.

FIRMAN ALLAH SWT (BERMAKSUD):
"MAHA SUCI ALLAH YANG TELAH MENJALANKAN HAMBANYA (MUHAMMAD S.A.W) PADA MALAM HARI DARI MASJID AL-HARAAM KE MASJID AL-AQSA, YANG KAMI BERKATI SEKELILINGNYA, UNTUK MEMPERLIHATKAN KEPADANYA TANDA-TANDA (KEKUASAAN DAN KEBESARAN) KAMI. SESUNGGUHNYA ALLAH JUALAH YANG MAHA MENDENGAR, LAGI MAHA MELIHAT.
(SURAH AL-ISRA’, AYAT 1).

PERISTIWA BESAR INI AMAT LUAR BIASA YANG DIALAMI OLEH NABI SAW DAN DIANGGAP SEBAGAI SATU ANUGERAH DARIPADA ALLAH SWT. INI SEBAGAI TANDA KEAGUNGAN DAN KEBESARANNYA.

DUA KEAJAIBAN ITU ADALAH ‘ISRAK’ DAN ‘MIKRAJ’ YANG BERLAKU HANYA DALAM SATU MALAM.

ISRAK – PERJALANAN DARI MASJIDIL-HARAM KE MASJIDIL-AQSA.
RASULULLAH TELAH MELALUI ISRAK DARI MASJIDIL HARAM, MEKAH KE MASJIDIL AQSA DI PALESTIN.

MIKRAJ – NAIK KE HADHRATUL-QUDUS.
PERJALANAN NABI MERENTAS TUJUH LAPIS LANGIT HINGGA KE SIDRATUL MUNTAHA DAN KE MUSTAWA.

KRONOLOGI PERISTIWA
DIPETIK DARI BAHAGIAN DAKWAH, JAKIM BERIKUT ADALAH RINGKASAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ.

1. ISRAK
NABI MUHAMMAD S.A.W DIBAWA OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S. DARI MASJIDIL HARAM KE MASJIDIL AQSA DENGAN MENUNGGANG BURAQ.

SEBELUM BAGINDA MEMULAKAN PERJALANANNYA, HATI BAGINDA DIBERSIHKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S. DENGAN AIR SUCI ZAM ZAM.

SEPANJANG PERJALANAN APABILA SAMPAI TEMPAT-TEMPAT YANG TERTENTU (TEMPAT-TEMPAT YANG MULIA DAN BERSEJARAH), RASULULLAH TELAH DIARAH OLEH JIBRAIL SUPAYA BERHENTI DAN SOLAT SEBANYAK DUA RAKAAT.

ANTARA TEMPAT-TEMPAT BERKENAAN IALAH:

NEGERI THAIBAH (MADINAH), TEMPAT DI MANA RASULULLAH AKAN MELAKUKAN HIJRAH.
BUKIT TURSINA, IAITU TEMPAT NABI MUSA A.S. MENERIMA WAHYU DARIPADA ALLAH.
BAITUL-LAHAM (TEMPAT NABI ‘ISA A.S. DILAHIRKAN).
SEMASA DALAM PERJALANAN, BAGINDA TELAH MELALUI PELBAGAI PERISTIWA ANTARANYA IALAH BAGINDA MELIHAT KAUM YANG SEDANG BERTANAM DAN TERUS MENUAI HASIL TANAMAN MEREKA. APABILA DITUAI, HASIL (BUAH) YANG BARU KELUAR SEMULA SEOLAH-OLAH BELUM LAGI DITUAI.

HAL INI BERLAKU BERULANG-ULANG. RASULULLAH S.A.W DIBERITAHU OLEH JIBRAIL: ITULAH KAUM YANG BERJIHAD “FISABILILLAH” YANG DIGANDAKAN PAHALA KEBAJIKAN SEBANYAK 700 KALI GANDA BAHKAN SEHINGGA GANDAAN YANG LEBIH BANYAK.

DIRINGKASKAN KISAH INI SETIBANYA DI MASJID AL-AQSA, RASULULLAH TURUN DARIPADA BURAQ.

MIKRAJ
PERISTIWA MIKRAJ PULA BERMULA DARIPADA MASJID AL-AQSA KEMUDIAN BAGINDA DIANGKAT KE LANGIT DENGAN MENAIKI TANGGA DARIPADA SYURGA.

RASULULLAH SAW BERSAMA MALAIKAT JIBRIL A.S NAIK KE ATAS TANGGA PERTAMA LALU TERANGKAT KE PINTU LANGIT DUNIA (PINTU HAFZHAH).

BAGINDA MENAIKI DARIPADA LANGIT PERTAMA HINGGA KE SEPULUH DAN DISETIAP LANGIT BAGINDA BERTEMU DENGAN PARA-PARA NABI DAN MELALUI PELBAGAI PERISTIWA ANTARANYA BAGINDA DAPAT MELIHAT UMAT BAGINDA SENDIRI YANG RAMAI, TERMASUK 70 RIBU ORANG YANG MASUK SYURGA TANPA HISAB.

DI LANGIT KESEPULUH (TANPA DITEMANI MALAIKAT JIBRIL) RASULULLAH SAW DAPAT MENYAKSIKAN ALLAH SWT DENGAN MATANYA SENDIRI, LALU BAGINDA SUJUD.

DARI PERTEMUAN ITU, BAGINDA MENERIMA WAHYU DAN PERINTAH DARI ALLAH S.W.T. IAITU PENERIMAAN IBADAH SOLAT. (YANG MANA KETIKA ITU, BAGINDA DIPERINTAHKAN SOLAT SEBANYAK 50 WAKTU.)

KEMUDIAN DIKURANGKAN MENJADI 10 WAKTU.

AKHIRNYA, DIKURANGKAN SEBANYAK 5 WAKTU. 5 WAKTU YANG KINI KITA LAKUKAN SETIAP HARI IAITU SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB DAN ISYAK.

SELEPAS MIKRAJ
SETELAH ITU, BAGINDA PULANG KE MASJIDIL HARAM.

KEMUDIAN, BAGINDA MENYAMPAIKAN WAHYU DAN PERINTAH ALLAH SOLAT 5 WAKTU ITU KEPADA UMAT DI MEKAH.

KETIKA ITU ADA YANG PERCAYA DAN ADA YANG TIDAK PERCAYA SEHINGGA ADA YANG MURTAD DARI ISLAM.

TETAPI, SAHABAT BAGINDA SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ APABILA DIKHABARKAN KEPADANYA TENTANG PERISTIWA INI, BELIAU SEDIKIT PUN TIDAK RAGU BAHKAN MEMBENARKAN MALAH LEBIH MEMBENARKAN SEKIRANYA ADA YANG LEBIH HEBAT LAGI DARI PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ INI.

SEJAK ITU BELIAU DIBERI GELARAN ‘AS-SIDDIQ’ YANG MEMBERI MAKSUD ‘YANG MEMBENARKAN’.

KEMUDIAN MASUK KE DALAM MASJID DAN MENGIMAMKAN SEMBAHYANG DUA RAKAAT DENGAN SEGALA ANBIA DAN MURSALIN MENJADI MAKMUM.

RASULULLAH S.A.W TERASA DAHAGA, LALU DIBAWA JIBRAIL DUA BEJANA YANG BERISI ARAK DAN SUSU. RASULULLAH S.A.W MEMILIH SUSU LALU DIMINUMNYA.

KATA JIBRAIL: BAGINDA MEMBUAT PILIHAN YANG BETUL. JIKA ARAK ITU DIPILIH, NESCAYA RAMAI UMAT BAGINDA AKAN MENJADI SESAT.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1675905941.jpg

PROGRAM MINI KARNIVAL 2022/2023 | SMIT

SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ TELAH MENGADAKAN PROGRAM MINI KARNIVAL PADA TANGGAL 8 FEB 2023, IAITU HARU RABU YANG LALU.
ANTARA PENGISIAN SEPANJAANG PROGRAM INI IALAH JUALAN MAKANAN, MINUMAN DAN BEBERAPA BARANGAN LAIN. SELAIN ITU PERMAINAN BOLA TAMPAR DAN COMBAT ARCHERY TURUT MEWARNAI PROGRAM YANG DIANJURKAN INI. SEMOGA DIBERKATI ALLAH.
 
LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1675905512.jpg

PROGRAM MINI KARNIVAL 2022/2023 | SRIT

PROGRAM MINI KARNIVAL TELAH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ PADA TANGGAL 8 FEB 2023, IAITU HARU RABU YANG LALU.
ANTARA PENGISIAN SEPANJAANG PROGRAM INI IALAH JUALAN MAKANAN, MINUMAN DAN BEBERAPA BARANGAN. SELAIN ITU PERMAINAN BOLA SEPAK, BOLA JARING DAN COMBAT ARCHERY TURUT MEWARNAI PROGRAM YANG DIANJURKAN INI. MURID SRIT BEGITU KELIHATAN BEGITU SERONOK DAN MERASA PUAS DENGAN AKTIVITI YANG MEREKA SERTAI. SEMOGA DIBERKATI ALLAH.
LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1675904454.jpg

TAHSIN SURAH AL-FATIHAH | SMIT

BIDANG TAHFIZ SMIT TELAH MENGANJURKAN PROGRAM TAHSIN SURAH AL-FATIHAH PADA 8 FEBRUARI 2023, IAITU PADA HARI RABU YANG LALU BERTEMPAT DI SURAU MITT.
PROGRAM INI MELIBATKAN KESEMUA PELAJAR SMIT, KECUALI TINGKATAN 5 KERANA MEREKA SEDANG MENDUDUKI UJIAN LISAN SPM.
 
ANTARA LAIN AKTIVITI YANG MENGISI PROGRAM INI IALAH, SETIAP PELAJAR DIBIMBING AGAR MAMPU MENULIS SURAH AL-FATIHAH TANPA SEBARANG KESILAPAN WALAUPUN SATU AYAT ATAUPUN SATU TANDA BACAAN. KEMUDIAN MEREKA JUGA DIBIMBING UNTUK MEMBACA DENGAN BACAAN TARTIL BERSERTA MAKNANYA.
 
SEKALIPUN DILIHAT SEBAGAI AKTIVITI YANG KECIL, NAMUN IMPAKNYA AMATLAH BESAR MEMANDANGKAN IA MERUPAKAN BACAAN WAJIB YANG MENJADI ANTARA UKURAN SAHNYA SOLAT. DI SAMPING ITU, IA JUGA MERUPAKAN UMMUL KITAB YANG BARANG TENTUNYA MENJADI KEWAJIPAN SETIAP INDIVIDU UNTUK MENGUASAI SEGALA SESUATU YANG BERKAITAN DENGANNYA.
 
SEMOGA ANAK-ANAK MITT BEROLEH MANFAAT DAN BAROKAH MENERUSI AKTIVITI INI.
 
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PARA ASSATIZAH YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN PROGRAM INI
 
SIIRU ALA BARAKATILLAH
 
#TAHSINALFATIHAH
#TAHSIN
LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1675903605.jpg

PROGRAM MITT SURVIVAL

PROGRAM MITT SURVIVAL MERUPAKAN SALAH SATU PROGRAM YANG DIRANCANG BAGI MEMBERIKAN SEDIKIT LATAR BELAKANG SALAH SATU DARIPADA CABANG ILMU SURVIVAL IAITU MEMASAK SEMASA SITUASI SUKAR.
DI DALAM PROGRAM INI PARA PELAJAR DIBIMBING OLEG PARA GURU YANG BERPENGALAMAN UNTUK MENGHIDUPKAN API DAN MEMASAK DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN API DARI BAHAN SEMULAJADI.
 
PELAJAR DIAGIHKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN DAN MEREKA PERLU MEMASAK BAHAN MASAKAN ASAS IAITU BURUNG PUYUH YANG TELAH MEREKA SEMBELIH PADA HARI SEBELUMNYA. MEREKA JUGA TURUT MEMASAK BEBERAPA BAHAN MASAKAN LAIN SECARA SURVIVAL SEPERTI KENTANG, LOBAK MERAH DAN SEUMPAMANYA.
 
PROGRAM INI TELAH DILAKSANAKAN PADA 7 FEBRUARI 2023, HARI SELASA BERTEMPAT DI KAWASAN PARKING TERBUKA MITT. SEMOGA MEREKA BEROLEH PENGALAMAN DAN MANFAAT MENERUSI PENGANJURAN PROGRAM SEUMPAMA INI.
 
SIIRU ALA BARAKATILLAH
LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1675741867.jpg

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UJIAN LISAN

SELURUH WARGA MITT MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UJIAN LISAN BERTUTUR BAHASA MELAYU BAGI CALON SPM YANG DIJADUALKAN BERLANGSUNG BERMULA PADA HARI INI, 7 FEBRUARI 2023 SEHINGGA 9 FEBRUARI 2023.
SAMA-SAMA KITA DOAKAN AGAR ALLAH MENGANUGERAHI KETENANGAN, ILHAM YANG MENCURAH DAN KECEMERLANGAN YANG PENUH BAROKAH BUAT KESEMUA CALON YANG MENDUDUI PEPERIKSAAAN INI.
BIT TAUFIQ WAN NAJAH
SIRU ALA BARAKATILLAH
LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1675657999.jpg

PROGRAM SEMBELIHAN | SMIT & SRIT

PROGRAM MENYEMBELIH BURUNG PUYUH  MERUPAKAN SEBUAH PENDEDAHAN ILMU SURVIVAL DAN ILMU MENYEMBELIH BINATANG MENGIKUT SYARIAT. PROGRAM SEMBELIHAN INI JUGA MENANAMKAN SIFAT KEYAKINAN, KEBERANIAN SERTA SIFAT TAQWA. 
PROGRAM INI DILAKSANAKAN PADA 6 FEB 2023 MELIBATKAN SRIT DAN SMIT DENGAN BIIMBINGAN GURU MASING-MASING. PELAJAR TERPILIH BERPELUANG MEMANFAATKAN PRAKTIKAL PENYEMBELIHAN INI.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1675648696jpeg

UJIAN KELAYAKAN SMIT 2023

ALHAMDULILLAAH 

SESI UJIAN KELAYAKAN KEMASUKAN KE SMIT TELAH DILAKSANAKAN DENGAN SEMPURNA PADA 4 FEB 2023 (SABTU) YANG LALU. TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN SECARA TIDAK LANGSUNG. SEMOGA URUSAN SETERUSNYA ALLAH PERMUDAHKAN DAN SEMPURNAKAN DALAM KEBAIKAN.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1675235526.jpg

EXPLORACE DINI 2023 | SMIT

AKTIVITI EXPLORACE DINI TELAH DILAKSANAKAN DENGAN PENUH KOMPETETIF PADA 1 FEB 2023 (RABU).

PARA PELAJAR DIAGIHKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN KECIL DAN DIASINGKAN MENGIKUT JANTINA.

SETIAP KUMPULAN PERLU MELALUI 6 CHECK POINT DAN SETIAP CHECK POINT MEMPUNYAI TUGASAN BERBENTUK DINIAH YANG PERLU DISESELAIKAN.

TERDAPAT PELBAGAI UJIAN YANG PERLU DILALUI ANTARANYA SOALAN FEQAH, FARDHU AIN, PUZZLE, GAMES, PERSEMBAHAN SPONTAN, PROBLEM SOLVING DAN BARANG AMANAH.

SEMOGA MEREKA BEROLEH MANFAAT DENGAN AKTIVITI SEUMPAMA INI. SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA ASSATIZAH SMIT YANG TERLIBAT MENJAYAKAN ROGRAM INI.

SIIRU ALA BARAKATILLAH. 

LAGI

Page 37 of 56