ISU PALESTIN DAN NEGARA HARAM ISRAEL BUKANLAH SUATU PERKARA YANG BAHARU. BAHKAN IA MERUPAKAN ISU YANG TELAH LAMA BERLARUTAN BERMULA SEJAK TAHUN 1948 APABILA PADA TAHUN TERSEBUT NEGARA HARAM ISRAEL MULA BERTAPAK DI PALESTIN. BERMULANYA PADA TAHUN TERSEBUT RAKYAT PALESTIN TELAH MENERIMA UJIAN YANG BESAR DAN GETIR SEPERTI KEHILANGAN AHLI KELUARGA DAN TEMPAT TINGGAL AKIBAT TINDAKAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN YANG DILAKUKAN NEGARA HARAM  ISRAEL TERHADAP RAKYAT PALESTIN.
JUSTERU ITU, ISU INI PERLU DIBANGKITKAN DAN DIPERJUANGKAN OLEH UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA KERANA PERKARA INI BUKAN BERKAITAN TENTANG ISU KEMANUSIAAN SEMATA-MATA, BAHKAN ISU INI BERKAIT DENGAN AKIDAH DAN MARUAH UMAT ISLAM.
WALAUPUN TERDAPAT SEGELINTIR MASYARAKAT DUNIA YANG MASIH TIDAK MENGAMBIL TAHU TENTANG ISU INI,NAMUN MEREKA PERLU MENYEDARI BAHAWA ISU PALESTIN DAN NEGARA HARAM ISRAEL ADALAH SUATU PERKARA YANG PERLU DIFAHAMI DENGAN TELITI AGAR HAK YANG SEBENAR DAPAT DITEGAKKAN DENGAN ADIL.
BARU-BARU INI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ PASIR GUDANG, ISRAEL TELAH MENGADAKAN SOLIDARITI PALESTIN IAITU PADA 30.11.2023 (KHAMIS) YANG LALU. DENGAN KATA LAIN PROGRAM INI BERTUJUAN MEMBERIKAN KESEDARAN DAN JUGA RASATANGGUNGJAWAB TERHADAP SESAMA UMAT ISLAM. SELAIN DARI PENDEDAHAN TENTANG PERKEMBANGAN ISU BERKAITAN, PELAJAR JUGA DIBERIKAN TENTANG SUMBANGAN DAN TANGGUNGJAWAB YANG BOLEH DILAKSANAKAN SEBAGAI SEORANG PELAJAR TERHADAP UMAT ISLAM DI PALESTIN.