TARIKH: 4 HINGGA 6 JUN 2024
TEMPAT: SEK MEN ISLAM AT-TAHFIZ PASIR GUDANG
MINGGU BAHASA MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA AKTIVITI YANG MEWARNAI TAKWIM SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ (SMIT) BAGI SESI 2024/2025. PROGRAM SEUMPAMA INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMUPUK MINAT DAN KEBOLEHAN PARA PELAJAR DALAM MENGUASAI BAHASA MELAYU, BAHASA ARAB DAN BAHSA INGGERIS. JUSTERU, PERSATUAN BAHASA SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ, PASIR GUDANG TELAH MENGAMBIL INISIATIF DENGAN MENGANJURKAN MINGGU BAHASA INI BAGI MEREALISASIKAN HARAPAN PIHAK SEKOLAH.
SESUAI DENGAN TEMA PROGRAM KALI INI “BAHASA CERMINAN AGAMA DAN BUDAYA”, PROGRAM INI TURUT BERMATLAMAT UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA MURID-MURID BAHAWA MATA PELAJARAN YANG BERKAITAN BAHASA KHUSUSNYA BOLEH DIKEMBANGKAN DENGAN PELBAGAI CARA DAN TEKNIK YANG SESUAI DAN TIDAK MEMBOSANKAN. SELAIN ITU, IA TURUT DIJADIKAN SEBAGAI AKTIVITI BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ARAB MURID-MURID.
OBJEKTIF PROGRAM :
- MENANAM MINAT PELAJAR UNTUK MENGUASAI BAHASA UTAMA IAITU BAHASA MELAYU.
- MEMUPUK MINAT DAN KEBOLEHAN PELAJAR UNTUK MENGUASAI BAHASA KEDUA DAN KETIGA IAITU BAHASA ARAB DAN BAHASA INGGERIS.
- MEMBINA SAHSIAH DIRI KE ARAH GENERASI CEMERLANG DAN TERBILANG.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG PROGRAM :
- PERTANDINGAN PIDATO/CERITA
- KESALAHAN EJAAN
- TEKA PERKATAANCHARADES
- TIKTOK PERIBAHASA
- TIKTOK SIMPULAN BAHASA
- PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA INGGERIS
- DRAW AND ANSWER
- TEKA SILANG KATA
- MELUKIS POSTER
- LUKIS DAN JAWAB
- SOALAN SPONTAN
- IMLAK
- RANTAI TASRIF
- DEBAT BAHASA ARAB
- TULISAN KHAT
ADALAH SANGAT DIHARAPKAN AGAR PARA PELAJAR SMIT DAPAT MENGAMBIL SEBANYAK MUNGKIN MANFAAT DARIPADA PROGRAM YANG DIANJURKAN INI.
SEMOGA USAHA INI BEROLEH BAROKAH DAN RAHMAT DARI ALLAH DAN DIPERMUDAHKAN SEHINGGA TERLAKSANA DENGAN JAYANYA.