https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR155_1650263569jpeg

SELAMAT MEMBURU LAILATUL QADAR

MALAM YANG KHUSUS PADA BULAN RAMADHAN, YANG DIKURNIAKAN ALLAH S.W.T BUAT HAMBANYA. MENJADI REBUTAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM KERANA ALLAH TELAH MENJANJIKAN FADHILAT YANG TERAMAT BESAR BUAT SESIAPA YANG MENGHIDUPKANNYA IAITU MALAM YANG LEBIH BAIK DARIPADA 1000 BULAN.

SABDA RASULULLAH S.A.W YANG TELAH DIRIWAYATKAN OLEH ABU HURAIRAH: "SESIAPA YANG MENEGAKKAN MALAM LAILATUL QADAR KERANA IMAN DAN MENGHARAPKAN PAHALA, MAKA AKAN DIAMPUNKAN DOSA-DOSANYA YANG TELAH LALU".

JUSTERU, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANFAATKAN BAKI AKHIR RAMADHAN DENGAN MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR INI DENGAN MENDIRIKAN SOLAT, BERZIKIR, MEMBACA AL-QURAN, BERDOA DAN BERTAUBAT MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH SWT. SEMOGA ALLAH SWT MEMILIH KITA TERMASUK DALAM KALANGAN MEREKA YANG DAPAT BERTEMU DENGAN MALAM LAILATUL QADAR.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR155_1649916156jpeg

SELAMAT MENYAMBUT HARI NUZUL AL-QURAN 1443H

SALAM NUZUL AL-QURAN 1443H BUAT SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA. MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGHAYATI DAN MENGAMBIL IKHTIBAR DARI PERISTIWA NUZUL AL-QURAN INI DAN PERBANYYAKKANLAH TADARUS AL-QURAN DI BULAN MULIA INI DAN SEMOGA AMALAN INI DAPAT DIPRAKTISKAN SEPANJANG MASA INSHAA ALLAH. SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI ALLAH SENTIASA.

" DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH DATANGKAN KEPADA MEREKA, SEBUAH KITAB (AL-QURAN) YANG KAMI TELAH MENJELASKANNYA SATU PERSATU BERDASARKAN PENGETAHUAN (KAMI YANG MELIPUTI SEGALA-GALANYA), UNTUK MENJADI HIDAYAH PETUNJUK DAN RAHMAT, BAGI ORANG-ORANG YANG (MAHU) BERIMAN." (AL-A'RAAF 7:52)

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR155_1649117604jpeg

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2021

SELURUH WARGA MITT INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA CALON PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2021 YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERMULA PADA HARI INI. SEMOGA SEMUA CALON DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN SEPANJANG PEPERIKSAAN INI DAN MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

SIRRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR155_1648903183jpeg

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1443H

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

WARGA MITT INGIN MENGUCAPKAN SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

ABU HURAIRAH RA. MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA: “UMATKU TELAH DIKURNIAKAN DENGAN LIMA PERKARA YANG ISTIMEWA YANG BELUM PERNAH DIBERIKAN KEPADA SESIAPA PUN SEBELUM MEREKA. BAU MULUT DARIPADA SEORANG ISLAM YANG BERPUASA ADALAH TERLEBIH HARUM DI SISI ALLAH DARIPADA BAU HARUMAN KASTURI. IKAN-IKAN DI LAUTAN MEMOHON ISTIGHFAR (KEAMPUNAN) KE ATAS MEREKA SEHINGGALAH MEREKA BERBUKA PUASA”.

ALLAH MEMPERSIAPKAN SERTA MENGHIASI JANNAH YANG KHAS SETIAP HARI DAN KEMUDIAN BERFIRMAN KEPADANYA: “MASANYA TELAH HAMPIR TIBA BILAMANA HAMBA-HAMBAKU YANG TAAT AKAN MENINGGALKAN SEGALA HALANGAN-HALANGAN YANG BESAR (DI DUNIA) DAN AKAN MENDATANGIMU.”

PADA BULAN INI SYAITAN-SYAITAN YANG DURJANA DIRANTAIKAN SUPAYA TIDAK MENGGODA MEREKA KE ARAH MAKSIAT-MAKSIAT YANG BIASA MEREKA LAKUKAN PADA BULAN-BULAN SELAIN RAMADHAN. PADA MALAM TERAKHIR RAMADHAN (ORANG-ORANG YANG BERPUASA INI) AKAN DIAMPUNKAN.” MAKA SAHABAT-SAHABAT RASULULLAH SAW PUN BERTANYA: “WAHAI PESURUH ALLAH, ADAKAH ITU MALAM LAILATUL QADAR?” DIJAWAB OLEH RASULULLAH SAW: “TIDAK, TETAPI SELAYAKNYA SEORANG YANG BERAMAL ITU DIBERI BALASAN SETELAH MENYEMPURNAKAN TUGASNYA.”

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR155_1648699983jpeg

MAKLUMAN CUTI UMUM AWAL RAMADHAN 1443H DAN SESI PERSEKOLAHAN SECARA BERSEMUKA 2022

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA CUTI UMUM AWAL RAMADHAN 1443H AKAN BERLANGSUNG SEPERTI TARIKH BERIKUT :

CUTI AWAL RAMADHAN: 03 APRIL 2022 / 1 RAMADHAN 1443H ( HARI AHAD)

SILA AMBIL PERHATIAN, SESI PERSEKOLAHAN AKAN DISAMBUNG KEMBALI PADA :

TARIKH PERSEKOLAHAN : 04 APRIL 2022 - 2 MEI 2022 (2 - 30 RAMADHAN 1443H)
WAKTU PERSEKOLAHAN : 7.30 PAGI - 2.30 PETANG (AHAD - KHAMIS)

ADALAH DIHARAPKAN AGAR PARA IBU BAPA DAN PENJAGA DAPAT MENJAGA TAHAP KESIHATAN ANAK-ANAK DAN JAGAAN TUAN/PUAN DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN YANG PENUH BARAKAH INI.

SEMOGA KITA SENTIASA DIBERKATI ALLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR155_1648641639jpeg

MAKLUMAN TARIKH PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2021

DENGAN INI DIMAKLUMKAN, PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2021 AKAN BERMULA PADA 05 HINGGA 14 APRIL 2022 BERTEMPAT DI MITT.

PIHAK SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ AMAT BERHARAP AGAR PIHAK IBUBAPA / PENJAGA DAPAT MEMASTIKAN KESIHATAN PELAJAR TERLIBAT DAN MEMBUAT ULANGKAJI PELAJARAN SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN TERSEBUT DEMI MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG CEMERLANG. DIHARAPKAN SEMUA CALON DIPERMUDAHKAN URUSAN KETIKA MENJAWAB PEPERIKSAAN TERSEBUT DAN MEMPEROLEHI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG KELAK.

LAGI

Page 3 of 20