https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1712276086.jpg

MITT PASIR GUDANG | MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1445H

ALHAMDULILLAAH, PADA TANGGAL 4 APRIL ( KHAMIS ) BERSAMAAN DENGAN 24 RAMADAN 1445H, MITT PASIR GUDANG TELAH MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN MAJLIS BERLANGSUNG DENGAN LANCAR SEPERTI YANG DIRENCANAKAN. SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SELURUH TENAGA KERJA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS PADA KALI INI. SEMOGA USAHA INI DIBERKATI ALLAH.


SIIRU ALA BAROKATILLAH.

 

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1712274793.jpg

SRIT PASIR GUDANG | MUSABAQAH TILAWAH ALQURAN

MUSABAQAH TILAWAH ALQURAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ PASIR GUDANG TELAH DIADAKAN PADA  27 MAC 2024 YANG LALU. ANTARA LAIN PROGRAM INI ADALAH BERTUJUAN SEBAGAI SALAH SATU PENGISIAN SEPANJANG BULAN YANG PENUH BAROKAH INI. SELAIN ITU, PROGRAM INI TIDAK LAIN DARI SEBAHAGIAN LANGKAH MENERAPKAN NILAI ASERTIF KE DALAM DIRI ANAK-ANAK DENGAN PEKERTI DAN AKHLAK AL-QURAN. SEMOGA ANAK-ANAK INI TERUS MENCINTAI AL-QURAN DAN MEMPERJUANGKANNYA HINGGA KE AKHIR HAYAT. SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA BARISAN ASSATIZAH YANG TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN PROGRAM INI.

SIRU ALA BAROKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1712274080.jpg

SRIT PARIT RAJA | MAJLIS KHATAM AL-QURAN & AGIHAN BUBUR LAMBUK

ALHAMDULILLAAH, PADA TANGGAL 4 APRIL, HARI KHAMIS, SRIT PARIT RAJA TELAH MENGANJURKAN  MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN JUGA  AGIHAN BUBUR LAMBUK KEPADA SELURUH WARGA SRIT PARIT RAJA. MAJLIS BERLANGSUNG DENGAN BEGITU SEDERHANA TETAPI SANGAT MERIAH DAN CERIA. SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SELURUH TENAGA KERJA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS PADA KALI INI. MAJLIS DISEMPURNAKAN DENGAN UCAPAN PERASMIAN DARI GURU BESAR SRIT PARIT RAJA, AL-FADHIL USTAZ KHIRUL MUNTANAZAR BIN ISMAIL YANG KEMUDIANNYA DIIKUTI DENGAN PELBAGAI PENGISIAN YANG SANGAT MENARIK. SEMOGA USAHA INI DIBERKATI ALLAH.

SIIRU ALA BAROKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1712214807.jpg

MAJLIS PENTAULIAHAN PELANTIKAN PENGAWAS SRIT PARIT RAJA

MAJLIS PENTAULIAHAN PERLANTIKAN PENGAWAS SRIT PARIT RAJA TELAH DILAKSANAKAN PADA  1 APRIL 2024 YANG LALU. MAJLIS DISEMPURNAKAN OLEH GURU BESAR SRIT PARIT RAJA AL-FADHIL USTAZ KHIRUL MUNTANAZAR BIN ISMAIL. ALHAMDULILLAH, KELIHATAN ANAK-ANAK SRIT PARIT RAJA YANG DIAMANAHKAN DENGAN TANGGUNGJAWAB INI BEGITU BERMOTIVASI DAN BERSEMANGAT. SEMOGA MEREKA AKAN DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS MEREKA DENGAN PENUH KOMITED DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH KERANA MEREKA JUGA ADALAH WARIS KEPADA LAPISAN PEMIMPIN NEGARA PADA SUATU MASA KELAK. 

SIRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1712214419.jpg

MAJLIS IFTAR JAMAIE SRIT PARIT RAJA

MAJLIS IFTAR JAMAIE SRIT PARIT RAJA TELAH DILAKSANAKAN PADA 27 MAC 2024 YANG LALU DENGAN SAMBUTAN YANG BEGITU HANGAT DARI KALANGAN IBU BAPA DAN PENJAGA. MAJLIS BERLANGSUNG DENGAN BEGITU HARMONI, TENANG DAN TERATUR. SELURUH WARGA SRIT PARIT RAJA BEGITU KOMITED DALAM USAHA MEMASTIKAN MAJLIS INI BERJALAN DENGAN SEMPURNA. SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SELURUH TENAGA KERJA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS IFTAR JAMAIE SRIT PARIT RAJA PADA KALI INI. JUTAAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA PARA IBU BAPA DAN PENJAGA SERTA ANAK-ANAK DIDIK SRIT PARIT RAJA YANG TURUT SERTA HADIR MENGIMARAHKAN MAJLIS INI.

SIIRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1712213822.jpg

IFTAR JAMAIE MITT PASIR GUDANG

ALHAMDULILLAAH PADA TANGGAL 31 MAC 2024 BERSAMAAN 20 RAMADHAN 1445H YANG LALU, MAJLIS IFTAR PERDANA PERINGKAT MITT TELAH DILAKSANAKAN SEPERTIMANA YANG DIRANCANG. SEPERTIMANA BIASA PENGISIAN MAJLIS INI SEPERTI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA PENUH DENGAN RASA SYUKUR DAN TAWADHU' DENGAN TAZKIRAH, IFTAR, SOLAT TERAWIKH DAN BEBERAPA PENGISIAN LAIN. PIHAK MITT MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH IBU BAPA DAN PENJAGA, GURU-GURU, KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK DAN JUGA TIDAK KETINGGALAN KEPADA SELURUH ANAK-ANAK DIDIK MITT YANG SUDI HADIR KE MAJLIS IFTAR PERDANA PADA KALI INI.

SIIRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1712212768.jpg

MAAHAD TAHFIZ CHAMEK | MAJLIS KHATAM QURAN & IFTAR DI MASJID KG. MELAYU CHAMEK, KLUANG

ALHAMDULILLAAH SETINGGI-TINGGI SYUKUR DIPANJATKAN KE HADRAT ALLAH S.W.T ATAS LIMPAHAN RAHMATNYA. PADA 1 APRIL 2024 YANG LALU, WARGA MAAHAD TAHFIZ CHAMEK (MATC) TELAH DIJEMPUT UNTUK MENYERIKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR DI MASJID KG. MELAYU CHAMEK, KLUANG JOHOR. HUBUNGAN AKRAB WARGA SETEMPAT DENGAN MATC TELAH LAMA TERJALIN BAHKAN BAGAIKAN SEBUAH RUMPUN KELUARGA YANG BESAR DAN HARMONI. SEMOGA UKHUWAH INI BERPANJANGAN DAN BEROLEH BAROKAH DAN RAHMAT DARI ALLAH S.W.T. SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DARI MITT BAGI PIHAK MATC KEPADA SELURUH WARGA KG. MELAYU CHAMEK DI ATAS KESUDIAN MENJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT. 

SIRU ALA BARAKATILLAH

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1712211929.jpg

CUTI SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1445H|2024M

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA CUTI SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

TAMBAHAN CUTI KPM : 7 - 9 APRIL (AHAD - SELASA)

CUTI HARI RAYA AIDILFITRI : 10 - 11 APRIL (RABU - KHAMIS)

CUTI PERISTIWA : 14 APRIL (AHAD)

SESI PERSEKOLAHAN AKAN DISAMBUNG PADA HARI ISNIN 15 APRIL 2024.

BERSAMA-SAMA KITA MEREBUT HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN YANG TINGGAL BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI.

JUSTERU DISERU JUGA KEPADA SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA AGAR SAMA-SAMA DAPAT MEMANTAU ANAK-ANAK DAN JAGAAN MASING-MASING SEPANJANG CUTI TERSEBUT DARI ASPEK KESELAMATAN DAN JUGA KESIHATAN SERTA IBADAH SOLAT MEREKA. 

SEMOGA ALLAH MENERIMA IBADAH PUASA DAN JUGA IBADAH-IBADAH KITA YANG LAIN DI SEPANJANG RAMADHAN PADA KALI INI. SEMOGA DIZINKAN JUGA KITA BERTEMU DI RAMADHAN TAHUN HADAPAN.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1711582674.jpg

SALAM NUZUL QURAN | 17 RAMADHAN 1445H

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN MERUPAKAN PERISTIWA ALLAH سبحانه وتعالى MENURUNKAN AYAT PERTAMA AL-QURAN KEPADA RASULULLAH ﷺ DAN BERTERUSAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT SELAMA 23 TAHUN HINGGA MENJADI LENGKAP SEBAGAIMANA KITAB AL-QURAN YANG ADA PADA HARI INI. PERISTIWA NUZUL AL-QURAN BERLAKU KETIKA NABI MUHAMMAD ﷺBERUSIA 41 TAHUN IAITU PADA MALAM JUMAAT 17 RAMADHAN, BERSAMAAN DENGAN TARIKH 6 OGOS 610M, SEWAKTU BAGINDA SEDANG BERIBADAT DI DALAM GUA HIRA.

PERKATAAN NUZUL BERERTI TURUN ATAU BERPINDAH DARI ATAS KE BAWAH. AYAT AL-QURAN YANG PERTAMA SEKALI DITURUNKAN ALLAH سبحانه وتعالى KEPADA NABI MUHAMMAD ﷺ MELALUI PERANTARAAN MALAIKAT JIBRIL IALAH LIMA AYAT PERTAMA DARIPADA SURAH AL-ALAQ.

FIRMAN ALLAH سبحانه وتعالى:

بِسْمِ ٱللَّـهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ﴿٣﴾ ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥

BACALAH (WAHAI MUHAMMAD) DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN (SEKALIAN MAKHLUK), (1) IA MENCIPTAKAN MANUSIA DARI SEBUKU DARAH BEKU; (2) BACALAH, DAN TUHANMU YANG MAHA PEMURAH, – (3) YANG MENGAJAR MANUSIA MELALUI PENA DAN TULISAN, – (4) IA MENGAJARKAN MANUSIA APA YANG TIDAK DIKETAHUINYA. (5). [SURAH AL-ALAQ (96): AYAT 1-5].

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1711431656.jpg

KEPUTUSAN STAM 2023 | 26 MAC 2024

SETINGGI-TINGGI UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YANG TELAH BEROLEH KEPUTUSAN YANG MEMBANGGAKAN.

SETIAP USAHA YANG TELAH DICURAHKAN PASTINYA DINILAI SEBAIK-BAIKNYA OLEH ALLAH SUBHANAHU WATAALA DAN AKAN DIBERIKAN GANJARAN PAHALA YANG BESAR. JUSTERU SETIAP KEPUTUSAN YANG TELAH BERADA DI GENGGAMAN HARUSLAH DISERTAI DENGAN PENUH RASA SYUKUR DAN TAWADHUK. SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN TAKDIR YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA SEPERTI MANA YANG SERING DIUNGKAPKAN DI DALAM BAIT DOA YANG DIPANJATKAN.
SEMOGA BEROLEH RAHMAT DAN BAROKAH UNTUK TERUS CEMERLANG DI MEDAN PERJUANGAN SETERUSNYA.
SIIRU ALA BARAKATILLAH

LAGI

Page 23 of 54