https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1686230963.jpg

SYABAS DAN TAHNIAH | SPM 2022

UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR SPM 2022 DAN PARA ASSATIZAH DI ATAS KEJAYAAN YANG DIKECAPI PADA HARI INI.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU SPM, JUGA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG TELAH MENCURAHKAN PENGORBANAN DAN BAKTI DALAM MEMASTIKAN KEJAYAAN INI. 

PENGHARGAAN JUGA DIUCAPKAN BUAT PIHAK JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR, JABATAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI JOHOR YANG BANYAK MEMBERIKAN SUMBANG SARAN UNTUK PENINGKATAN KUALITI AKADEMIK SEKOLAH.

SEMOGA SEMUA PELAJAR TETUS MELAKAR KEJAYAAN DI MASA AKAN DATANG. 

SIRU ALA BARAKATILLAH

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1685843286.jpg

PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN MITT 2023

ALHAMDULILLAAH, PADA 24 MEI 2023 (RABU), MITT TELAH MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN BAGI PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PRS (PEMBIMBING RAKAN SEBAYA) UNTUK PELAJAR SMIT, SRIT DAN DARUL QURAN MITT.

MAJLIS TELAH DILAKSANAKAN DENGAN RINGKAS MEMANDANGKAN CUACA PANAS YANG SEDANG MELANDA. SEMOGA PENYERAHAN AMANAH DAN TUGAS SECARA RASMI INI MEMBERIKAN SATU WADAH BUAT PARA PELAJAR UNTUK MELATIH DIRI MENGGALAS AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN DENGAN PENUH AMANAH DAN INTEGRITI. DIHARAPKAN PADA MASA HADAPAN, MEREKA INILAH YANG AKAN MENJADI PEMIMPIN YANG ADIL, BIJAKSANA DAN BERTAQWA DALAM MEMIMPIN MASYARAKAT.

SIRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1685843227.jpg

LAWATAN DARI PPD & JPN

SELURUH WARGA MITT MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN DARI WAKIL PPD DAN JPN PADA TANGGAL 23 MEI 2023 (SELASA) YANG LALU. ALHAMDULILLAH, TERDAPAT BANYAK PERKONGSIAN DAN INPUT BAGI PENAMBAH BAIKAN DAN KELESTARIAN, BAIK DARI SUDUT PENGURUSAN, PDP MAHUPUN INFRASTRUKTUR. SEMOGA MITT TERUS MAJU DAN DIIZINKAN ALLAH S.W.T AKAN MENJADI MODEL KEPADA SEKOLAH SWASTA YANG LAIN PADA MASA HADAPAN. SIRU ALA BARAKATILLAH

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1684719775.jpg

KHATAM 30 JUZUK | DARUL QURAN (BANIN) MITT PASIR GUDANG

✨الحمد لله رب العالمين✨
🌹🌹الحمد لله على نعمة الاسلام والايمان 🌹🌹
ما شاء الله تبارك الله
اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً
اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نُسِينَا وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا
وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ
وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
ALHAMDULILLAH, SEGALA KEPUJIAN DAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH SWT DIATAS PELBAGAI NIKMAT KURNIAAN DAN ANUGERAH YANG TIDAK TERHITUNG KEPADA KITA SEMUA.
TANGGAL 18/5/2023 (KHAMIS) TELAH LAHIR SEORANG LAGI AL-HAFIZ DI BUMI MITT INI IAITU MUHAMMAD ASYRAF BIN ANUAR (DARUL QURAN MITT, PASIR GUDANG).
PELBAGAI UJIAN DAN DUGAAN YANG DITEMPUH OLEH MUHAMMAD ASYRAF SEHINGGALAH ALLAH REZEKIKAN BELIAU BERJAYA MENAMATKAN HAFAZAN AL-QURAN PADA TAHUN INI.
SEMOGA AL-QURAN YANG DIBAWA BERSAMA DALAM HIDUP INI MENJADIKAN MUHAMMAD ASYRAF SEORANG YANG MAHIR DALAM AGAMA DAN BERKHIDMAT UNTUK AGAMA SERTA MASYARAKAT.
TAHNIAH DIUCAPKAN JUGA KEPADA SEMUA GURU YANG BERTUNGKUS LUMUS DALAM MENJAYAKAN PENDIDIKAN TAHFIZ KEPADA PELAJAR DARUL QURAN MITT, PASIR GUDANG.
AKHIR SEKALI, TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA IBUBAPA, KELUARGA, SELURUH BARISAN ASATIZAH YANG BERTUNGKUS LUMUS DALAM MENDIDIK PARA PELAJAR SERTA SEMUA PENYUMBANG YANG MEMBERIKAN SUMBANGAN DALAM MELANCARKAN PERJALANAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK SYURGA INI.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA..
-SIIRU ALA BARAKALTILLAH-
#KHATAMQURAN
#KHATAMALQURAN
#DARULQURAN
#DQMITT
#MITTPASIRGUDANG
#MITT

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1684375592.jpg

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & HARI GURU 2023

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & HARI GURU PERINGKAT MITT PASIR GUDANG TELAH DIADAKAN DENGAN BEGITU MERIAH PADA 17 MEI 2023 (RABU).
SAMBUTAN DIADAKAN DENGAN SANGAT SEDERHANA. DIMULAI DENGAN PERARAKAN MASUK PARA ASSATIZAH, UCAPAN MUDIR, JAMUAN DAN SEDIKIT PERSEMBAHAN.
SEMOGA SAMBUTAN YANG SERBA SEDERHANA INI DAPAT MEMBERIKAN SEDIKIT PENGHARGAAN KEPADA PARA MURABBI MITT DI HARI YANG PENUH BERMAKNA BUAT MEREKA. 
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADA PARA ASSATIZAH MITT UNTUK TERUS BERJUANG BERSAMA DALAM USAHA MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN. 
SEMOGA HIDUP MEREKA DIBERKATI ALLAH SEPANJANG HAYAT. AMIIN YA ROBBAL ALAMIIN.
LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1684368543jpeg

KHATAM HAFAZAN AL-QURAN 30 JUZUK | MATC

ما شاء الله تبارك الله
اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً
اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نُسِينَا وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا
وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ
وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ


ALHAMDULILLAH, SEGALA KEPUJIAN DAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH SWT DIATAS PELBAGAI NIKMAT KURNIAAN DAN ANUGERAH YANG TIDAK TERHITUNG KEPADA KITA SEMUA.
TANGGAL 15 MEI 2023 (ISNIN) TELAH LAHIR SEORANG LAGI AL-HAFIZ DI BUMI MITT INI IAITU MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI BIN MOHD FAIRUZ (MAAHAD TAHFIZ KG. MELAYU CJAMEK, KLUANG). PELBAGAI UJIAN DAN DUGAAN YANG DITEMPUH OLEH MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI SEHINGGALAH ALLAH REZEKIKAN BELIAU BERJAYA MENAMATKAN HAFAZAN AL-QURAN PADA TAHUN INI.
"MENGHAFAL KERANA CINTA BUKAN KERANA TERPAKSA". INILAH KATA-KATA YANG MENJADI PEMBANGKIT SEMANGAT BUAT BELIAU UNTUK TERUS BERJUANG SEHINGGA BERGELAR AL-HAFIZ.
SEMOGA AL-QURAN YANG DIBAWA BERSAMA DALAM HIDUP INI MENJADIKAN MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI SEORANG YANG MAHIR DALAM AGAMA DAN BERKHIDMAT UNTUK AGAMA SERTA MASYARAKAT.
TAHNIAH DIUCAPKAN JUGA KEPADA SEMUA GURU YANG BERTUNGKUS LUMUS DALAM MENJAYAKAN PENDIDIKAN TAHFIZ KEPADA PELAJAR MAAHAD TAHFIZ KG. MELAYU CJAMEK, KLUANG.
AKHIR SEKALI, TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA IBUBAPA, KELUARGA, SELURUH BARISAN ASATIZAH YANG BERTUNGKUS LUMUS DALAM MENDIDIK PARA PELAJAR SERTA SEMUA PENYUMBANG YANG MEMBERIKAN SUMBANGAN DALAM MELANCARKAN PERJALANAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK SYURGA INI.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA..
-SIIRU ALA BARAKALTILLAH-

#KHATAMQURAN
#KHATAMALQURAN
#MATC
#TAHFIZCHAMEK
#MITT

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1684195858.jpg

SELAMAT HARI GURU 2023

SECARA UMUMNYA, HARI GURU MERUPAKAN HARI SAMBUTAN YANG SANGAT DINANTIKAN OLEH BUKAN SAHAJA PARA GURU DI SEKOLAH, TETAPI JUGA PARA PELAJAR.

PADA HARI INILAH JASA GURU DIINGATI SECARA RASMI SEKALIPUN PADA DASARNYA GURU AKAN TETAP SENANTIASA DIINGATI DAN DISANJUNG TINGGI DALAM KALANGAN MASYARAKAT. GOLONGAN GURU TIDAK PERNAH MEMINTA UNTUK DIHARGAI, APATAH LAGI DISANJUNG KERANA BAKTI DAN JASA YANG MEREKA TABURKAN UNTUK MENDIDIK ANAK BANGSA MENJADI INSAN BERGUNA.


BERDASARKAN MAKLUMAT KPM, KONSEP TEMA HARI GURU PADA TAHUN 2023 ADALAH MEMBANGKITKAN ROH DAN JIWA GURU KE ARAH MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU UNTUK PEMBINAAN NEGARA BANGSA.
SEMENTARA ITU, TEMA PADA KALI INI JUGA MEMFOKUSKAN KEPADA “KESEDIAAN GURU MENDUDUKUNG ASPIRASI FALSAFAH PENDIDIKAN GURU DENGAN MEMBERI PENEKANAN KEPADA:

1.JATI DIRI DAN KENEGARAAN
2.ROH DAN JIWA GURU
3.PENGETAHUAN DAN KEMAHIRA

OBJEKTIF SAMBUTAN
HARI GURU DISAMBUT SETIAP TAHUN PADA TARIKH 16 MEI DENGAN OBJEKTIF YANG BERIKUT:

MENITIK BERATKAN PERANAN GURU DALAM PEMBINAAN KEBANGSAAN (TERMASUK PERPADUAN DAN INTEGRASI), PEMBANGUNAN NEGARA DAN PERKHIDMATAN KEPADA MASYARAKAT.
MENARIK PERHATIAN IBU BAPA, MURID DAN ORANG RAMAI KEPADA PERANAN PENTING KAUM GURU DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.
MEMUPUK PERASAAN PERPADUAN IKHTISAS DAN MUHIBBAH DI ANTARA GURU.
MENINGGIKAN MARTABAT DAN TARAF GURU DALAM MASYARAKAT.
MEMBERI PELUANG UNTUK MEMAJUKAN KECEKAPAN GURU MELALUI SEMINAR-SEMINAR, PERSIDANGAN-PERSIDANGAN, DAN SEBAGAINYA YANG DIADAKAN PADA HARI GURU.
MENILAI SECARA OBJEKTIF PERANAN GURU DENGAN BERLATARBELAKANGKAN MALAYSIA DAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH SUPAYA PERANAN ITU BOLEH BERKESAN.

UNTUK REKOD, BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TEMA HARI GURU BAGI 10 TAHUN TERAKHIR (2013 – 2023)

2013 – GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
2014 – GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI
2015 – GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK
2016 – GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
2017 – GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
2018 – GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN
2019 – GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI
2020 – BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU
2021 – BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU
2022 – GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA
2023 – GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1682497194.jpg

SALAM AIDILFITRI 1444H/2023

SELURUH WARGA MITT MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

TAQBBALALLAAHU MINNA WAMINKUM. 

KULLU AMIN WA ANTUM BIKHAIR.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1681798255.jpg

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STAM SESI 2022

SYABAS DAN TAHNIAH BUAT SEMUA CALON SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) SESI 2022.
SEMOGA SEGALA PENGORBANAN YANG TELAH DICURAHKAN AKAN DITERIMA SEBAGAI IBADAH DI SISI ALLAH.
SEMOGA TERUS CEMERLANG DALAM MELADENI BADAI KEHIDUPAN YANG TAKKAN PERNAH REDA SELAMA BERADA DI LANDASAN DAKWAH DAN MENCARI REDHA ALLAH.
SIRRU ALA BARAKATILLAH...
LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1681796075.jpg

CUTI KHAS AIDILFITRI DAN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 SESI 2023/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
BERIKUT ADALAH TARIKH-TARIKH CUTI :
1. CUTI KHAS AIDILFITRI OLEH KPM: 19 APRIL 2023 (RABU)
2. TAMBAHAN CUTI AIDILFITRI OLEH KPM: 20 APRIL 2023 (KHAMIS)
3. CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1, SESI 2023/2024: 21 - 29 APRIL 2023 (JUMAAT - SABTU)
4. PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA MENGIKUT JADUAL: 30 APRIL 2023 (AHAD)
5. CUTI HARI PEKERJA: 1 MEI 2023 (ISNIN)
6. PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA MENGIKUT JADUAL: 2 - 3 MEI 2023 (SELASA - RABU)
7. CUTI HARI WESAK: 4 MEI 2023 (KHAMIS)

ADALAH DIHARAPKAN AGAR PARA IBU BAPA DAN PENJAGA DAPAT MEMBANTU MENGULANGKAJI PELAJARAN, MENJAGA TAHAP KESIHATAN DAN KESELAMATAN SERTA IBADAH SOLAT ANAK-ANAK DAN JAGAAN TUAN/PUAN DI SEPANJANG CUTI INI.

SIIRU ALA BARAKATILLAH

LAGI

Page 33 of 54