https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1707692504jpeg

KEM INTENSIF TAHFIZ | MITT PASIR GUDANG | DAFTAR SEKARANG!

MITT PASIR GUDANG AKAN MENGANJURKAN KEM CUTI SEKOLAH YANG DINAMAKAN KEM INTENSIF TAHFIZ SEPERTI BERIKUT:
✅TARIKH : 12–29 FEBRUARI 2024
✅HARI : AHAD - KHAMIS
✅PENGLIBATAN : PELAJAR BERUSIA 7 TAHUN KE ATAS

PESERTA AKAN DIBIMBING OLEH PARA HUFFAZ YANG CUKUP BERPENGALAMAN.
SARAPAN DAN MAKAN TENGAHARI ADA DISEDIAKAN.
SIJIL TURUT DIBERIKAN PADA AKHIR PROGRAM.

SEGERA HUBUNGI :
USTAZ MOHD FIRDAUS : 017-765 4166
USTAZ MOHD SYAKIR : 011-1507 7906
USTAZAH HAFIZAH : 013-786 7267

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA DALAM MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN. INSYAALLAH. 🤲

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1707692383jpeg

PROGRAM INTENSIF TAHFIZ | SRIT PARIT RAJA | DAFTAR SEKARANG!

SRIT PARIT RAJA AKAN MENGANJURKAN PROGRAM INTENSIF TAHFIZ SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT :
✅TARIKH : 12–29 FEBRUARI 2024
✅HARI : AHAD - KHAMIS
✅PENGLIBATAN : PELAJAR BERUSIA 7 TAHUN KE ATAS
PESERTA AKAN DIBIMBING OLEH PARA HUFFAZ YANG CUKUP BERPENGALAMAN.
SARAPAN DAN MAKAN TENGAHARI ADA DISEDIAKAN.
SEGERA HUBUNGI :
07-453 2343
SIRU ALA BARAKATILLAH 🤲

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1707692234jpeg

PROGRAM INTENSIF TAHFIZ | MAAHAD TAHFIZ CHAMEK, KLUANG | DAFTAR SEKARANG!

MAAHAD TAHFIZ CHAMEK, KLUANG AKAN MENGANJURKAN PROGRAM INTENSIF TAHFIZ SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT :
✅TARIKH : 12–22 FEBRUARI 2024
✅HARI : ISNIN - KHAMIS
✅PENGLIBATAN : PELAJAR BERUSIA 7 TAHUN KE ATAS
PESERTA AKAN DIBIMBING OLEH PARA HUFFAZ YANG CUKUP BERPENGALAMAN.
SARAPAN DAN MAKAN TENGAHARI ADA DISEDIAKAN.
SEGERA HUBUNGI :
07-453 2343
SIRU ALA BARAKATILLAH 🤲

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1707443596.jpg

PROGRAM HARI TERBUKA MITT SESI 2023/2024

PROGRAM HARI TERBUKA SEKOLAH TELAH PUN DILAKSANAKAN PADA 9 FEBRUARI 2024 SEUSAI TAMAT PROGRAM ISRAK MIKRAJ. SAMBAUTAN KEHADIRAN IBU BAPA DAN PENJAGA BEGITU MEMBERANGSANGKAN. HAL INI JELAS MENUNJUKKAN KOMITMEN DAN KESUNGGUHAN DARI PIHAK SEKOLAH DAN JUGA IBU BAPA SERTA PENJAGA DALAM USAHA MEMASTIKAN ANAK-ANAK YANG MENDAPAT PENDIDIKAN DI INSTITUSI INI BEROLEH KECEMERLANGAN DAN PENCAPAIAN YANG OPTIMA. SEMOGA USAHA INI BEROLEH BAROKAH DAN DIREDHAI ALLAH. SIIRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1707442007.jpg

PROGRAM ISRAK MIKRAJ PERINGKAT MITT 1445H/2024

ALHAMDULILLAAH PROGRAM ISRAK MIKRAJ PERINGKAT AL-MAAHAD AL-ISLAMI LIT TARBIAH WAT TAHFIZ (MITT) TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN BEGITU LANCAR SEPERTI YANG TELAH DIRANCANG. ANTARA LAIN PROGRAM INI TIDAK LAIN DARI MENGAMBIL IBRAH DARI PERISTIWA AGUNG YANG DILALUI OLEH JUNJUNGAN MULIA RASULULLAH S.A.W. PROGRAM INI DIMULAI DENGAN ZIKIR ISTIGHOSAH YANG DIPIMPIN OLEH USTAZ HAZIM DAN KEMUDIANNYA DIIKUTI DENGAN TAUSIAH DARI ALFADHIL USTAZ RAZAK BIN BORHAN. CERAMAH ISRAK MIKRAJ KEMUDIANNYA DISAMPAIKAN OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN, USTAZ MUHAMMAD HAMKA BIN IDRIS. MAJLIS DISUSULI DENGAN JAMUAN DAN PROGRAM HARI TERBUKA & BAP YANG DIADAKAN DI KELAS MASING-MASING. TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA KERJA YANG TERLIBAT DI DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI. SIRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1707441488.jpg

SALAM ISRAK WAL MIKRAJ | 27 REJAB 1445H / 08 FEB 2024

SETIAP TAHUN MENJELANG BULAN REJAB, UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA MEMPERINGATI ISRAK DAN MIKRAJ, IAITU SEBUAH PERISTIWA BERSEJARAH YANG BERLAKU DALAM SIRAH NABI MUHAMMAD SAW. KISAH BAGINDA INI MENGANDUNGI 1001 IBRAH YANG SEHARUSNYA MENJADI PENGAJARAN PENTING BUAT UMAT ISLAM SEPANJANG ZAMAN.
AL-ISRAK MERUJUK KEPADA KISAH NABI SAW YANG DIPERJALANKAN OLEH ALLAH SWT PADA MALAM HARI DARI MASJIDILHARAM DI MEKAH KE MASJID AL-AQSA DI PALESTIN. AL-MIKRAJ PULA MERUJUK KEPADA PERISTIWA KETIKA BAGINDA NAIK KE LANGIT DARIPADA MASJID AL-AQSA MENUJU KE SIDRATUL MUNTAHA, ANTARANYA UNTUK MENERIMA SECARA LANGSUNG AKAN PERINTAH KEWAJIBAN SOLAT FARDHU LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM. PERISTIWA BERSEJARAH INI DIRAKAMKAN OLEH FIRMAN ALLAH SWT DI DALAM AL-QURAN MAFHUMNYA;

MAHA SUCI ALLAH YANG TELAH MENJALANKAN HAMBANYA (MUHAMMAD) PADA MALAM HARI DARI MASJIDILHARAM (DI MEKAH) KE MASJID AL-AQSA (DI PALESTIN), YANG KAMI BERKATI SEKELILINGNYA, UNTUK MEMPERLIHATKAN KEPADANYA TANDA-TANDA (KEKUASAAN DAN KEBESARAN) KAMI. SESUNGGUHNYA ALLAH JUALAH YANG MAHA MENDENGAR, LAGI MAHA MENGETAHUI.
SURAH AL-ISRAK : 1

AMBILLAH MANFAAT YANG BANYAK DARIPADA PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ NABI SAW SUPAYA KITA TERUS ISTIQAMAH MENGIKUTI JEJAK LANGKAH BAGINDA DALAM PERJALANAN HIDUP KITA DI DUNIA YANG SEMENTARA INI MEMBAWA RISALAH ISLAM MENUJU KE AKHIRAT YANG KEKAL SELAMA-LAMANYA. FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD;

DEMI SESUNGGUHNYA, ADALAH BAGI KAMU PADA DIRI RASULULLAH ITU CONTOH IKUTAN YANG BAIK, IAITU BAGI ORANG YANG SENTIASA MENGHARAPKAN (KEREDAAN) ALLAH DAN (BALASAN BAIK) HARI AKHIRAT, SERTA DIA PULA MENYEBUT DAN MENGINGATI ALLAH BANYAK-BANYAK (DALAM MASA SUSAH DAN SENANG)
SURAH AL-AHZAB : 21

LAGI