https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1662594268.jpg

SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65 PERINGKAT MITT

SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-65 TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN PENUH GILANG-GEMILANG DI DEWAN TERBUKA MITT. SAMBUTAN YANG BERMULA KIRA-KIRA JAM 9.45 PAGI ITU DIRASMIKAN OLEH TIMBALAN MUDIR MITT DENGAN DIIRINGI GIMIK PERASMIAN YANG SUNGGUH MENGUJAKAN. PERSEMBAHAN PARA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ DAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ TURUT MEWARNAI MAJLIS INI. KESEMUA PELAJAR YANG MENYAKSIKAN PERJALANAN MAJLIS INI TIDAK HENTI-HENTI MENGIBARKAN JALUR GEMILANG SAMBIL DISULAMI DENGAN LAUNGAN TAKBIR DAN MERDEKA DENGAN PENUH BERSEMANGAT. MAJLIS INI DIAKHIRI DENGAN FORUM KEMERDEKAAN YANG MELIBATKAN PERSONALITI YANG TIDAK KURANG HEBATNYA SAMBIL DIIRINGI DENGAN HUJAN LEBAT YANG PENUH RAHMAT. SEMOGA MAJLIS SEUMPAMA INI DAPAT MENYEMARAKKAN RASA CINTA YANG MENDALAM KEPADA PARA PELAJAR TERHADAP AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1661897160.jpg

SALAM KEMERDEKAAN KE-65

BERSAMA-SAMA KITA RAIKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DENGAN MENGHAYATI DAN MENGHARGAI KEBEBASAN DAN KETENTERAMAN YANG KITA NIKMATI PADA HARI INI.
KUKUHKAN SEMANGAT KECINTAAN KEPADA TANAH AIR DAN KEKALKAN PERPADUAN, KEHARMONIAN SERTA TOLERANSI KITA DALAM MASYARAKAT MAJMUK.
KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA.


#KELUARGAMALAYSIATEGUHBERSAMA

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1661413949.jpg

CUTI UMUM DAN CUTI PENGGAL 2 SESI 2022/2023

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

BERIKUT ADALAH TARIKH :

  1. CUTI HARI KEMERDEKAAN ( RABU | 31 OGOS 2022 ) : PELAJAR AKAN BERSEKOLAH PADA KHAMIS | 1 SEPT 2022
  2. CUTI PENGGAL 2, SESI 2022/2023 ( JUMAAT - SABTU | 2-10 SEPT 2022 ) : PELAJAR AKAN BERSEKOLAH PADA 11 SEPT 2022
  3. CUTI BERGANTI HARI MALAYSIA ( AHAD | 18 SEPT 2022 ) : PELAJAR AKAN BERSEKOLAH PADA ISNIN | 19 SEPT 2022

ADALAH DIHARAPKAN AGAR PARA IBU BAPA DAN PENJAGA DAPAT MENJAGA TAHAP KESIHATAN DAN KESELAMATAN SERTA IBADAH SOLAT ANAK-ANAK DAN JAGAAN TUAN/PUAN DI SEPANJANG CUTI INI.

SIIRU ALA BARAKATILLAH.

 

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1661410598.jpg

MINGGU SAINS, MATEMATIK, DAN SAINS SOSIAL (SMSS)

ALHAMDULILLAH, SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN MINGGU SAINS , MATEMATIK DAN SAINS SOSIAL BERMULA 14 OGOS HINGGA 17 OGOS 2022 YANG MELIBATKAN SELURUH PELAJAR MENENGAH DARI TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 6.

MINGGU SAINS , MATEMATIK DAN SAINS SOSIAL MERUPAKAN SATU DARI AKTIVITI YANG DITETAPKAN DALAM TAKWIM PERSEKOLAHAN 2022/2023.PROGRAM INI DIRANCANG BERKETEPATAN DENGAN ASPIRASI MURID YANG HENDAK DICAPAI DI DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025, BERKAITAN KONSEP ‘KUALITI’ YANG PERLU ADA PADA MURID ABAD KE-21, DISAMPING MENINGKATKAN KESEDARAN PELAJAR TERHADAP STEM (SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK). OLEH ITU, GURU-GURU DI BAWAH BIDANG SAINS, MATEMATIK DAN SAINS SOSIAL BERUSAHA MERANCANG PROGRAM-PROGRAM YANG DAPAT MEMUPUK MINAT, INOVASI, PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF PELAJAR SEKALIGUS DAPAT MEREALISASIKAN HARAPAN PIHAK SEKOLAH.

PELBAGAI AKTIVITI YANG TELAH DIRENCANAKAN DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN PENUH JAYANYA.

BERIKUT ADALAH AKTIVITI SEPANJANG TEMPOH TERSEBUT :
1. PERTANDINGAN KUIZ (MENENGAH ATAS DAN MENENGAH BAWAH)
2. OLIMPIAD MATH
3. EXPLORACE
4. SUDOKU
5. PAMERAN SAINS
6. TEKA BERAT/KALORI
7. POSTER HARI KEMERDEKAAN
8. REKACIPTA GUNUNG BERAPI
9. REKACIPTA KENDERAAN MINI

OBJEKTIF PROGRAM INI ANTARA LAIN IALAH :
1) MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TERHADAP MATAPELAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN SAINS SOSIAL
(GEOGRAFI,SEJARAH DAN RBT).
2) MELUASKAN PANDANGAN PELAJAR DAN MENYAHKAN RASA SUKAR TERHADAP SUBJEK YANG TERLIBAT DENGAN AKTIVITI YANG MENARIK DAN MENCABAR MINDA.
3) MELAHIRKAN MURID YANG BERKETRAMPILAN,BERDAYA SAING DAN KREATIF.

SEMOGA USAHA INI DIBERKATI ALLAH DAN SANGAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TERLIBAT.

 

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1659134966.jpg

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1444H

BULAN MUHARAM ADALAH PERMULAAN BAGI KALENDAR UMAT ISLAM MENGIKUT KALENDAR HIJRAH.

AWAL MUHARRAM ATAU MAAL HIJRAH DAN AMAT PENTING KERANA BERLAKUNYA PERISTIWA SEJARAH ISLAM IAITU MEMPERINGATI PENGHIJRAHAN NABI MUHAMMAD SAW DARI KOTA MAKKAH KE MADINAH PADA TAHUN 622 MASIHI.

PERISTIWA BERSEJARAH ITU BERLAKU PADA 1 MUHARRAM TAHUN BARU BAGI TAKWIM HIJRAH. NAMUN TAHUN HIJRAH RASULULLAH SAW DARI MEKAH KE MADINAH ITU DIAMBIL SEBAGAI PERMULAAN KIRAAN BAGI KALENDAR HIJRAH.

TEMA MAAL HIJRAH BAGI TAHUN 2022 / 1444H ADALAH “KELUARGA MALAYSIA PEMANGKIN KEMAKMURAN”.

SELURUH WARGA MITT MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1444H. SEMOGA PERMULAAN TAHUN BARU INI MENJADI PEMANGKIN KEPADA KEAZAMAN BARU YANG BAKAL MELONJAKKAN IMAN, TAQWA DAN TAWADHUK KITA KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1658034998.jpg

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SMIT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ AKAN BERLANGSUNG PADA TARIKH BERIKUT :-

TARIKH : 17-26/7/2022

HARI : AHAD HINGGA SELASA

SEMOGA KITA DAPAT BERSAMA-SAMA MEMASTIKAN SEGALA KEPERLUAN PEPERIKSAAN ANAK-ANAK MENCUKUPI. PADA MASA YANG SAMA MEMANTAU AGAR ANAK-ANAK MELAKUKAN ULANGKAJI  SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SEGENAP USAHA KITA.

LAGI

Page 10 of 31