https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1684195858.jpg

SELAMAT HARI GURU 2023

SECARA UMUMNYA, HARI GURU MERUPAKAN HARI SAMBUTAN YANG SANGAT DINANTIKAN OLEH BUKAN SAHAJA PARA GURU DI SEKOLAH, TETAPI JUGA PARA PELAJAR.

PADA HARI INILAH JASA GURU DIINGATI SECARA RASMI SEKALIPUN PADA DASARNYA GURU AKAN TETAP SENANTIASA DIINGATI DAN DISANJUNG TINGGI DALAM KALANGAN MASYARAKAT. GOLONGAN GURU TIDAK PERNAH MEMINTA UNTUK DIHARGAI, APATAH LAGI DISANJUNG KERANA BAKTI DAN JASA YANG MEREKA TABURKAN UNTUK MENDIDIK ANAK BANGSA MENJADI INSAN BERGUNA.


BERDASARKAN MAKLUMAT KPM, KONSEP TEMA HARI GURU PADA TAHUN 2023 ADALAH MEMBANGKITKAN ROH DAN JIWA GURU KE ARAH MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU UNTUK PEMBINAAN NEGARA BANGSA.
SEMENTARA ITU, TEMA PADA KALI INI JUGA MEMFOKUSKAN KEPADA “KESEDIAAN GURU MENDUDUKUNG ASPIRASI FALSAFAH PENDIDIKAN GURU DENGAN MEMBERI PENEKANAN KEPADA:

1.JATI DIRI DAN KENEGARAAN
2.ROH DAN JIWA GURU
3.PENGETAHUAN DAN KEMAHIRA

OBJEKTIF SAMBUTAN
HARI GURU DISAMBUT SETIAP TAHUN PADA TARIKH 16 MEI DENGAN OBJEKTIF YANG BERIKUT:

MENITIK BERATKAN PERANAN GURU DALAM PEMBINAAN KEBANGSAAN (TERMASUK PERPADUAN DAN INTEGRASI), PEMBANGUNAN NEGARA DAN PERKHIDMATAN KEPADA MASYARAKAT.
MENARIK PERHATIAN IBU BAPA, MURID DAN ORANG RAMAI KEPADA PERANAN PENTING KAUM GURU DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.
MEMUPUK PERASAAN PERPADUAN IKHTISAS DAN MUHIBBAH DI ANTARA GURU.
MENINGGIKAN MARTABAT DAN TARAF GURU DALAM MASYARAKAT.
MEMBERI PELUANG UNTUK MEMAJUKAN KECEKAPAN GURU MELALUI SEMINAR-SEMINAR, PERSIDANGAN-PERSIDANGAN, DAN SEBAGAINYA YANG DIADAKAN PADA HARI GURU.
MENILAI SECARA OBJEKTIF PERANAN GURU DENGAN BERLATARBELAKANGKAN MALAYSIA DAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH SUPAYA PERANAN ITU BOLEH BERKESAN.

UNTUK REKOD, BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TEMA HARI GURU BAGI 10 TAHUN TERAKHIR (2013 – 2023)

2013 – GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
2014 – GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI
2015 – GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK
2016 – GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
2017 – GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
2018 – GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN
2019 – GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI
2020 – BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU
2021 – BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU
2022 – GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA
2023 – GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1682497194.jpg

SALAM AIDILFITRI 1444H/2023

SELURUH WARGA MITT MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

TAQBBALALLAAHU MINNA WAMINKUM. 

KULLU AMIN WA ANTUM BIKHAIR.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1681798255.jpg

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STAM SESI 2022

SYABAS DAN TAHNIAH BUAT SEMUA CALON SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) SESI 2022.
SEMOGA SEGALA PENGORBANAN YANG TELAH DICURAHKAN AKAN DITERIMA SEBAGAI IBADAH DI SISI ALLAH.
SEMOGA TERUS CEMERLANG DALAM MELADENI BADAI KEHIDUPAN YANG TAKKAN PERNAH REDA SELAMA BERADA DI LANDASAN DAKWAH DAN MENCARI REDHA ALLAH.
SIRRU ALA BARAKATILLAH...
LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1681796075.jpg

CUTI KHAS AIDILFITRI DAN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 SESI 2023/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
BERIKUT ADALAH TARIKH-TARIKH CUTI :
1. CUTI KHAS AIDILFITRI OLEH KPM: 19 APRIL 2023 (RABU)
2. TAMBAHAN CUTI AIDILFITRI OLEH KPM: 20 APRIL 2023 (KHAMIS)
3. CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1, SESI 2023/2024: 21 - 29 APRIL 2023 (JUMAAT - SABTU)
4. PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA MENGIKUT JADUAL: 30 APRIL 2023 (AHAD)
5. CUTI HARI PEKERJA: 1 MEI 2023 (ISNIN)
6. PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA MENGIKUT JADUAL: 2 - 3 MEI 2023 (SELASA - RABU)
7. CUTI HARI WESAK: 4 MEI 2023 (KHAMIS)

ADALAH DIHARAPKAN AGAR PARA IBU BAPA DAN PENJAGA DAPAT MEMBANTU MENGULANGKAJI PELAJARAN, MENJAGA TAHAP KESIHATAN DAN KESELAMATAN SERTA IBADAH SOLAT ANAK-ANAK DAN JAGAAN TUAN/PUAN DI SEPANJANG CUTI INI.

SIIRU ALA BARAKATILLAH

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1681796039.jpg

MAJLIS KHATAM AL QURAN MITT PASIR GUDANG

SYKUR ALHAMDULILLAAH MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT MITT PASIR GUDANG TELAH DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN KESYUKURAN. MAJLIS BERLANGSUNG PADA  18 APRIL 2023 BERSAMAAN 27 RAMADHAN 1444H DI DEWAN TERBUKA MITT .

MAJLIS DIMULAI DENGAN SELAWAT, KEMUDIAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI DARI AKHIR JUZUK 30. KEMUDIAN DOA KHATAM DIBACAKAN SEBELUM MAJLIS DISERIKAN LAGI DENGAN ALUNAN BERZANJI. 

SEMOGA MAJLIS SEUMPAMA INI BEROLEH LIMPAHAN RAHMAT DARI ALLAH S.W.T SETERUSNYA KITA BEROLEH KASIH SAYANG DAN AMPUNANNYA. AMIIN YA RABBAL ALAMIIN.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1681734940.jpg

MAJLIS IFTAR JAMAIE MITT PASIR GUDANG

MAJLIS IFTAR JAMAIE BERSAMA WARGA MITT PASIR GUDANG TELAH BERLANGSUNG PADA AHAD, 16 APRIL 2023 BERSAMAAN 25 RAMADHAN 1444H.
SAMBUTAN DARI PARA IBU BAPA DAN PENJAGA SANGAT MNEGGALAKKAN DAN BEGITU MERIAH. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN ZIKIR ISTIGHASAH SEHINGGA MASUK WAKTU BERBUKA. SETELAH BERBUKA DENGAN JUADAH BERAT, SOLAT JEMAAH MAGHRIB DIDIRIKAN. 
SOLAT ISYAK DAN SOLAT SUNAT TERAWIKH BERJEMAAH KEMUDIAN MENYUSUL. MAJLIS DIAKHIRI DENGAN TAUSIYAH DARI MUDIR AL-MAAHAD AL-ISLAMI LIT TARBIAH WAT TAHFIZ, USTAZ ABD RAZAK BIN BORHAN. 
SEMOGA UKHUWAH YANG TELAH SEKIAN LAMA TERJALIN ANTARA IBU BAPA DAN WARGA MITT INI BERKEKALAN DAN DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA.
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG TURUT SAMA MENJAYAKAN MAJLIS INI.
SIRU ALA BARAKATILLAH.
LAGI