https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1714047906jpeg

MITT PASIR GUDANG | PROGRAM ZIKIR ISTIGHOSAH MINGGUAN | 25 APRIL 2024

ALHAMDULILLAAH PROGRAM ZIKIR ISTIGHOSAH MINGGUAN TELAH DILAKSANAKAN PADA :

TARIKH : 25 APRIL 2024 / 16 SYAWAL 1445H
HARI : KHAMIS
MASA : 3.45 PETANG
TEMPAT : KELAS TAHFIZ BANIN
PIMPINAN : USTAZ HAIRUL ANUAR BIN AIAIT

AGENDA PROGRAM :
🔸 ZIKIR ISTIGHOSAH
🔸 BACAAN YASSIN
🔸 TAZKIRAH OLEH

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1714043004.jpg

SRIT PARIT RAJA | 31 ORANG RAIH 8A UPKK 2023

SEKITAR KEPUTUSAN UPKK 2023 SRIT PARIT RAJA, SEJUMLAH 31 ORANG CALON DARI 49 ORANG MEMPEROLEHI KEPUTUSAN CEMERLANG 8A.

SERAMAI 4 DARI ORANG PELAJAR CEMERLANG TERSEBUT MERUPAKAN PELAJAR TERBAIK PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT SESI 2023.

SEKALUNG PENGHARGAAN, SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG BERJAYA, JUGA KEPADA PARA ASSATIZAH JUGA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS DALAM MEMPERSIAPKAN ANAK-ANAK UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN INI. SEMOGA KITA DIBERKATI ALLAH.

SIIRU ALA BAROKATILLAH. 

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1714017373.jpg

SRIT PASIR GUDANG | AKTIVITI USRAH MINGGUAN | TAZKIRAH BERTAJUK : ADAB TERHADAP GURU

ALHAMDULILLAH AKTIVITI USRAH MINGGUAN BAGI TAHAP DUA DAPAT DIJALANKAN BERTEMPAT DI SURAU MITT. DI ANTARA PENGISIAN PADA KALI INI IALAH TAZKIRAH BERTAJUK ADAB TERHADAP GURU. TAZKIRAH YANG DISAMPAIKAN OLEH USTAZ FAIZZI BEGITU MENDAPAT PERHATIAN MURID-MURID YANG TURUT SERTA DENGAN ISI PENYAMPAIAN YANG SANGAT MENARIK. KESEMUA MURID MENGUTIP INTISARI TAZKIRAH KE DALAM BUKU REKOD USRAH MASING-MASING SEBAGAI INGATAN DAN PANDUAN DI MASA MENDATANG. SEMOGA KITA BEROLEH BAROKAH DAN RAHMAT DARI ALLAH SWT.

SIIRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1713967712.jpg

PROGRAM MARHABAN SMIT PASIR GUDANG 1445H/2024M

ALHAMDULILLAAH PROGRAM MARHABAN SMIT TELAH DAPAT DIJAYAKAN SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT :

HARI : RABU
TARIKH : 15 SYAWAL 1445H
MASA : 10.30PG - 12.30TGHARI
TEMPAT : DI KELAS MASING-MASING

PARA ASSATIZAH DAN PELAJAR SMIT MENGENAKAN BAJU RAYA MASING-MASING MENAMBAHKAN LAGI KEMERIAHAN PROGRAM UKHUWAH INI. KONSEP JUADAH YANG BERKONSEPKAN 'POT LUCK' BEGITU MEMBUKA SELERA DAN MENYEMARAKKAN LAGI SEMANGAT UKHUWAH SEMPENA SYAWAL KALI INI.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1713938615jpeg

MAAHAD TAHFIZ CHAMEK | MARHABAN KG. MELAYU CHAMEK 16-23/04/2024

ALHAMDULILLAAH, PARA PENUNTUT MAAHAD TAHFIZ CHAMEK, KLUANG TELAH MENERIMA UNDANGAN UNTUK BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN PROGRAM  MARHABAN KG. MELAYU CHAMEK DARI 16 APRIL HINGGA 23 APRIL 2024. SEPANJANG PROGRAM, PARA PENUNTUT MENYUMBANGKAN SUARA MENGALUNKAN BACAAN MARHABAN BERSAMA PARA PENDUDUK KAMPUNG. USAI MARHABAN, MEREKA MENIKMATI JUADAH LAZAT YANG BERBEZA HAMPIR DI SETIAP RUMAH. AKTIVITI SEUMPAMA INI AKAN MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN AKRAB WARGA TAHFIZ DENGAN PENDUDUK TEMPATAN. UKHUWAH YANG TERBINA SEJAK SEKIAN LAMA MENJADI LEGASI TURUN TEMURUN PENUNTUT DI SINI DIHARAPKAN KEKAL DAN TERPELIHARA DARI SEMASA KE SEMASA. SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT SELURUH PENDUDUK KG. MELAYU CHAMEK DAN SEKITAR YANG TERLIBAT SAMA KERANA SUDI MENJEMPUT WARGA MAAHAD UNTUK TURUT SERTA DI DALAM PROGRAM YANG AMAT BAIK INI. SIIRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1713921170.jpg

SRIT PASIR GUDANG | AKTIVITI KOKU | PEMILIHAN & PENDAFTARAN SUKAN DAN PERMAINAN SESI 2024/2025

PADA HARI INI 24 APRIL 2024 (RABU), SRIT PASIR GUDANG TELAH MELAKSANAKAN PEMILIHAN & PENDAFTARAN BAGI AKTIVITI SUKAN DAN PERMAINAN UNTUK KEGIATAN KOKURIKULUM SESI 2024/2025 . 
MURID DIBERIKAN PELUANG UNTUK MEMILIH AKTIVITI SUKAN YANG DIMINATI. PARA ASSATIZAH TURUT MEMBANTU MEMBERIKAN PENERANGAN YANG JELAS BERHUBUNG SUKAN DAN PERMAIANAN YANG INGIN DIPILIH BERDASARKAN KEBOLEHAN, KEMAMPUAN SELAIN MINAT YANG MENDALAM. AKTIVITI SUKAN DAN PERMAINAN MEMBANTU PARA MURID DARI ASPEK KECERGASAN FIZIKAL DAN JUGA MENTAL. SELAIN ITU IA TURUT MEMBINA PSIKOMETRIK ANAK-ANAK INI YANG SEDANG MELALUI PROSES TUMBESARAN. JUSTERU GALAKAN DAN SOKONGAN DARI KALANGAN IBU BAPA DAN PENJAGA SANGAT DIPERLUKAN BAGI MEMASTIKAN MEREKA DAPAT MENJALANI SUKAN DAN PERMAINAN PILIHAN ANAK-ANAK DENGAN PENUH BERKESAN. PARA ASSATIZAH JUGA TURUT MEMBERIKAN KEFAHAMAN TENTANG SUKAN MENURUT PERSPEKTIF SYARIAT SEHINGGAKAN IA MENJADI SALAH SATU DARI JALUR IBADAH. SEMOGA KITA BEROLEH RAHMAT DAN BAROKAH DARI ALLAH S.W.T
LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1713745455.jpg

35 PELAJAR MITT RAIH 8A UPKK 2023

ALHAMDULILLAH. SYUKUR ATAS LIMPAHAN ANUGERAH YANG ALLAH KURNIAKAN BUAT PERMATA MITT YANG BERJAYA DALAM UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2023.

CALON SRIT :
8A : 35 ORANG
7A : 5 ORANG
6A 2B : 11 ORANG

CALON DARUL QURAN :
8A : 3 ORANG

KALUNGAN UCAPAN SYABAS & TAHNIAS, ALFU MABRUK DARI SELURUH WARGA MITT KHUSUS BUAT KESEMUA PELAJAR YANG CEMERLANG, JUGA KEPADA PARA ASSATIZAH MITT YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYUMBANG ILMU DAN PENGORBANAN, SERTA PARA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG TAK PERNAH MENGENAL LELAH MEMBERIKAN DORONGAN DAN SOKONGAN.

SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH RAHMAT DAN BAROKAH DARI ALLAH DARI SEMASA KE SEMASA.

SIIRU ALA BAROKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1713425045.jpg

SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DI DALAM PEPERIKSAAN SDEA DAN UPKK 2023

SEMOGA PENCAPAIAN YANG DIPEROLEHI MENJADI PENDORONG DAN PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK TERUS CEMERLANG DI MASA AKAN DATANG. SESUNGGUHNYA KEPUTUSAN YANG TELAH DIPEROLEHI MERUPAKAN SALAH SATU DARI TARBIAH DARI ALLAH UNTUK MENJADIKAN KITA HAMBANYA YANG BERSYUKUR DAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADI HAMBANYA YANG BERTAQWA.

SIIRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1713400959.jpg

SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2023

SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2023 BOLEH DIBUAT PADA 
TARIKH : 18 APRIL 2024 - 2 MEI 2024
PAUTAN : HTTPS://SEMAKAN.ISLAM.GOV.MY/
MASA : BERMULA JAM 12.00 TENGAH HARI.


SEMAKAN KEPUTUSAN JUGA BOLEH DILAKUKAN MELALUI PERKHIDMATAN MYSMS.
TAIP UPKK <NO MYKID> <NO ANGKA GILIRAN> DAN HANTAR KE 15888.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1712686414.jpg

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1445H

SELURUH WARGA MITT ( SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ, SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ, DARUL QURAN MITT, SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ PARIT RAJA,&NBSP;SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ PARIT RAJA DAN MAAHAD AT-TAHFIZ CHAMEK ) MENGUCAPKAN SALAM AIDILFITRI, TAQABBALALLAAHU MNNA WAMNKUM, MAAF ZAHIR DAN BATIN

SIRU ALA BARAKAATILLAH

LAGI

Page 22 of 54