ALHAMDULILLAH, SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN MINGGU SAINS , MATEMATIK DAN SAINS SOSIAL BERMULA 14 OGOS HINGGA 17 OGOS 2022 YANG MELIBATKAN SELURUH PELAJAR MENENGAH DARI TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 6.
MINGGU SAINS , MATEMATIK DAN SAINS SOSIAL MERUPAKAN SATU DARI AKTIVITI YANG DITETAPKAN DALAM TAKWIM PERSEKOLAHAN 2022/2023.PROGRAM INI DIRANCANG BERKETEPATAN DENGAN ASPIRASI MURID YANG HENDAK DICAPAI DI DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025, BERKAITAN KONSEP ‘KUALITI’ YANG PERLU ADA PADA MURID ABAD KE-21, DISAMPING MENINGKATKAN KESEDARAN PELAJAR TERHADAP STEM (SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK). OLEH ITU, GURU-GURU DI BAWAH BIDANG SAINS, MATEMATIK DAN SAINS SOSIAL BERUSAHA MERANCANG PROGRAM-PROGRAM YANG DAPAT MEMUPUK MINAT, INOVASI, PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF PELAJAR SEKALIGUS DAPAT MEREALISASIKAN HARAPAN PIHAK SEKOLAH.
PELBAGAI AKTIVITI YANG TELAH DIRENCANAKAN DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN PENUH JAYANYA.
BERIKUT ADALAH AKTIVITI SEPANJANG TEMPOH TERSEBUT :
1. PERTANDINGAN KUIZ (MENENGAH ATAS DAN MENENGAH BAWAH)
2. OLIMPIAD MATH
3. EXPLORACE
4. SUDOKU
5. PAMERAN SAINS
6. TEKA BERAT/KALORI
7. POSTER HARI KEMERDEKAAN
8. REKACIPTA GUNUNG BERAPI
9. REKACIPTA KENDERAAN MINI
OBJEKTIF PROGRAM INI ANTARA LAIN IALAH :
1) MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TERHADAP MATAPELAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN SAINS SOSIAL
(GEOGRAFI,SEJARAH DAN RBT).
2) MELUASKAN PANDANGAN PELAJAR DAN MENYAHKAN RASA SUKAR TERHADAP SUBJEK YANG TERLIBAT DENGAN AKTIVITI YANG MENARIK DAN MENCABAR MINDA.
3) MELAHIRKAN MURID YANG BERKETRAMPILAN,BERDAYA SAING DAN KREATIF.
SEMOGA USAHA INI DIBERKATI ALLAH DAN SANGAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TERLIBAT.