SESI PERTEMUAN SECARA BERSEMUKA DI ANTARA IBU BAPA DAN PENJAGA PELAJAR MITT BERSAMA ASSATIZAH MITT ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN HARI TERBUKA MITT TELAH DIADAKAN PADA 13 NOVEMBER 2022 (AHAD). SESI INI MELIBATKAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ, SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ DAN DARUL QURAN (TAHFIZ SEPENUH MASA MITT PASIR GUDANG). SESI SEUMPAMA INI AMAT MEMBERIKAN MANFAAT BAIK DI PIHAK IBU BAPA PENJAGA MAHUPUN PIHAK SEKOLAH. SEMOGA PERTEMUAN INI MENAMBAHKAN LAGI BAROKAH DAN MENGERATKAN LAGI UKHUWAH DEMI MEMARTABATKAN USAHA MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN KHASNYA DI BUMI MITT INI.